Saturday, July 19, 2014

Bagaimana nak tahu bearing roda kereta dah rosak...


.



Pada satu hari beberapa bulan lepas, aku dapati kereta aku berdengung bila bergerak. Bunyinya macam tayar kereta 4x4 yang berbunga tebal tu. Atau seperti berselisih dengan trak tentera di atas jalan raya. Macam itu lah.

Pada mulanya aku ingatkan ada batu kecil terselit di celah nunga tayar sebab kadang-kadang ada berlaku macam tu. Walau pun aku cungkil batu tu, bunyinya masih ada.

Makin lama makin kuat hatta pada kelajuan 60km/j. Akhirnya aku beralah sebab dah sakit telinga...dan sakit hati.


Aku pergi ke bengkel. Pomen jack-up srbelah tayat dan dia tekan minyak. Roda berputar....dan sah memang ada bumyi.Pomen kata bearing pada roda sudah rosak.

Aku ingatkan kalau bearing roda tu rosak, bunyinya mesti Macam berpasir sebab ball bearing dah pecah. Pomen kata, sebelum pecah, bearing akan berdengung dulu.


Aku pun tukarlah...harga bearing dalam RM70, campur upah nak press bearing guna hydraulic press dan upah itu ini, semuanya RM145.


Aku kongsikan disini simptom dan penyelenggaraan untuk bearing roda yang rosak. Semoga bermenafaat untuk anda juga.




.

16 comments:

Kakzakie said...

Apa yg pasti kalau kakak memang tak tahu. Tahu isi minyak dan drive aje..

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Aku pun baru kena...sblm ni aku pun x tau

LydSunshine said...

gambar tu tak cukup detail. Tambah lg gambar kalau boleh. Yg mana bearing? Sbb aku tak kenal.

Nizam.Ariff said...

Lyds.
Hahaha....dah siap pasangla...mana nak ambik lg..

About me said...

Info yang sangat berguna! Terima kasih!

ginos ginos said...

Kerete apo

Dani Ngie Ling said...

Yaaaaaa haha.. info ni.. sama seperti kereta sy.. bedengung bila dipandu, buka radio kalau volume 20 takdo dengar suara tu kalah dengan bunyi dengungan kereta.. rupa rupa nya bearing rosak. Baru lah sekarang aku tau.. terima kasih tuan .. dah share pengalaman ..

Shahrul Ghaffar said...

Bunyi dengung ad 2 sebab jgk, 1 tyr xcAntik n 2 memang bearing..

mhafiza harun said...

Kereta ape ni ea

Unknown said...

Nak tanya.. apa akibat kalau x tukar bearing selain bunyi tu je? Sy mcm ad bunyi tp xde bajet lagi nk tukar.. tp takit membahayakan nyawa pulak..

Nizam.Ariff said...

Shahrul,
Betul tu....klu tayar ada selit batu pun kdg2 ada bunyi...

zikr zain said...

Bleh cadangkan bengkel mne yg berpatutan tu?area lembah klang ni...

Nizam.Ariff said...

Zikr.... maaf, saya x tau sbb tu pun pertama kali buat.

Unknown...mgkn berbahaya klu bawa laju2...

Hafiza Humaira said...

So far belum pernah alami tpi pomen2 cakap kalau dah teruk sgt xtukar akan myebabkan tayar jem bhenti serta merta. (cm mtor 2T jem r kiranya)tpi masalah utama utk tukar ni kdai jual hrga berbeza sbagai cntoh ada yg jual jnis taiwan 1 bji rm150 ada yg katanya ori rm200++ 1 bji n ada yg jual 4 bji rm100++ xtau mne hrga betul. search mudah.com je n bndingkan jnis n harganya.

Nurudz said...

Klu mekanik kg sy dia x pki pun hidraulik2 tu bg masuk bering..main tukul je tp ada la teknik dia..ok jg lps tukar..murah jg la upah dia minta..

Nurul Liyaa said...

sama kes dgn kereta sy.. tayar bunyi berdengung.. ada mintak pusat servis check untuk bearing..in case bearing problem sy bole mintak claim.. tp pusat servis ckp bearing takde masalah.. dia mintak check dekat bengkel tayar pulak.. sy syak bearing sbb kereta kwn sy pon tayar bunyi berdengung jugak.. dan dia ckp bearing problem..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com