Saturday, December 15, 2018

Kembara di 2 tanah Haram... Ep. 1

.
Syukur... kerana diterima untuk datang ke Tanah Haram Mu.

Kembara bermula setahun sebelum ianya dilaksanakan. Pada asalnya, nak pergi lebih awal tetapi ketentuan Ilahi, ia dilaksanakan sempena cuti sekolah diakhir tahun sebab ada saudara mara yang mahu ikut. Oleh kerana cuti semester Ariff tak sama dengan cuti sekolah, rezeki Ariff belum datang. InshaAllah, akan sampai jua nanti.

Sebagai seorang lelaki, tak banyak persiapan barang2 berbanding dengan Mama. Lebih2 lagi, kain ihram pun aku pinjam dari kawan yang baru balik Haji tahun ini. Aku cuma beli 2 pasang Kurta, selebihnya aku bawa baju sedia ada. Tetapi bagi Mama, banyak keperluan yang perlu disediakan. Oleh kerana musim sejuk, perlu bawa baju tebal dan sweater. Persiapan selebihnya ialah persiapan mental dan fizikal.

Aku dan Mama mula berjalan malam sejauh 5-6 ribu langkah untuk stamina. Dari segi mental, perlu kosongkan dan bertaubat. Bagi yang pertama kali ke sana, aku perlu ikuti kursus dan penerangan, tak boleh culas.

Maka, pada 2 Dec, kami pun berangkat pergi. Kami masuk ke Jeddah dan ke Makkah. Jadi, kami buat Umrah dahulu. Ihram dipakai di KLIA dan niat ketika di perut kapal terbang. Jemaah kami tak ramai, kesemuanya 17 orang tak masuk syarukat pengurusan.

Perjalanan: 8 jam di udara, 45 di imigresen, 1. 5 jam dalam bas. Kami sampai dalam jam 2am waktu Makkah. Kami menginap di hotel Al Safwah, satu bangunan dengan menara jam.




Hotel ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram, oleh itu dewan suraunya boleh berimamkan solat di Masjidil Haram. Malah aku lihat ramai yang solat di koridor dan pintu masuk bangunan. Dan ganjarannya sama seperti bersolat di dataran Masjidil Haram. Aku dapati ramai orang Malaysia yang menginap di hotel ini. Rata2 adalah jemaah dari Malaysia.

Sesampai di bilik hotel, kami berehat sebentar menunggu waktu subuh. Tawaf dan Saie dibuat selepas solat Subuh. Lebih selesa dan tak ramai, kata mutawif. Subuh masuk jam 5.25am. Tapi azan pertama dilaungkan sejam awal iaitu jam 4.25am.

Sambung...

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com