Wednesday, October 29, 2008

Jalan2: Terpukau aku sebentar


.
.
Tengah hari tu. Panas sangat.
Aku cari tempat sejuk, yang dingin-dingin, yang macam dalam gua.
.
.
Aku ikut lorong kelam itu, dan aku lambai penunggu yang duduk berteleku. Bertafakur. Atau sedang mengira bertih beras untuk di makan. Tujuh bertih beras sekali makan. Sebagai adat bertapa. Atau mungkin dia sedang baca mentera dalam hatinya. Sebagai adat patigeni.
.
.
Aku masuk ke dewan utama. Beberapa batang tubuh manusia mundar-mandir disimbah cahaya, bayang-bayang mereka melekat pada dinding gua ini, menjadi lukisan-lukisan mural purba.
.
.
Di tengah-tengah dewan, ada yang melambai-lambai, ah! itu semua haiwan penghisap darah. Memujuk aku untuk aku dekati, lalu menyuntik racun. Goda. Godaan yang tujuannya cuma satu: memukau dan mengambil pusaka dalam kocek aku. Tak kiralah apa yang mereka jaja, apa yang mereka kata, tujuannya: pusaka dalam kocek aku.
.
.
Aku seluk dalam kocek. Aku genggam kejap-kejap butil harta. Aku senyum pada mereka. Maaf, aku bukan mudah dipujuk. Bukan mudah digoda kalau setakat separas betis. Paling kurang separas peha. Maaf. Aku tak berminat. Maaf lagi. Aku tak perlukannya. Aku geleng-gelengkan kepala.
.
.
Entah macam mana, aku terpandang siling gua itu. Ada cahaya cerah. Ada kubah. Cantiknya. Aku ternganga. Aku lupa pada bising. Aku lupa pada diri. Alpa. Cantiknyaaa......cantiknya....
.
.
Dan aku pun terpukau.
Dan dengan perlahan butil pusaka aku lepaskan........... ..............kepadanya....
.
.
.
.
.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com