Setahu aku, helmet tu ada ujian-ujian tertentu baru boleh lulus. Aku sokong, belilah helmet yang dah lulus ujian.
Setahu aku juga, salah satu ujian ialah ujian hentaman. Guna satu pemberat yang diletakkan tinggi kemudian dilepaskan atas helmet, tembus ke tak. Berat pemberat dan ketinggian ia dilepaskan adalah ikut standard antarabangsa, untuk simulate daya hentaman [perlanggaran sekitar 40km/j]. Kalau lepas ujian hentaman, maknanya helmet itu mampu menahan hentaman selaju 40km/j.
Maknanya, helmet TIDAK DIJAMIN melindungi kepala kalau kelajuan hentaman melebihi daripada had ujian tersebut.
Jadi, kalau kena tahan dek polis sebab tak pakai helmet, cakap je kita bawak laju melebihi had ujian helmet. Jadi, pakai ke atau tak, helmet tetap tak menjamin kepala kita tak pecah!
.............
Aku tak tahu pulak helmet ada jangka hayat 5 tahun!
Habis, selama ni tak ada pun dia lekat expiry date kat sebelah sticker SIRIM tu? Mana la aku tahu dah expired. Dan selama ini, helmet aku dah luput tarikh rupanya, maklumlah dah 10 tahun. Dia punya sponge pun dah berkulat. Patutlah aku pakai selalu sakit perut. Helmet aku dah BASI! Hahaha....
[baca dengan nada sinis]
.....................
Aku sokong, belilah helmet yang tahan impak 4okmj dan berusia kurang dari 5 tahun. Tukarlah helmet anda setiap 5 tahun sekali.
Dan setahun sekali, anda patut hantar helmet anda ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan rutin. Kalau malas hantar, bagi duit upah je kat ulat-ulat yang merayap kat sana. Dia orang boleh kasi settle punye... hahaha....haaarktuih!
.
7 comments:
kadangkadang orang di atas itu buat keputusan pelikpelik.
kalau pakai cangkerang kurakura, mesti kool. kalau naik skuter. yang tak boleh lajulaju.
ujian hentaman tu tak kelas. nak bagi kelas, suruh diorang pakai helmet tu, pastu lepaskan penguji dari atas. baru la tau berkesan ke tak he..he..
tiap taun nak pegi test? weh, banyak kojo lain.
Alina,
Cengkerang kura-kura kalau dipolish boleh cantik woo..Kalau pakai penyu punye cengkerang pun boleh, tapi berat la....lagi pun ia haiwan dilindungi..Hahaha.
Kakpah,
Tu yang tak faham tu. Kenapa 5 tahun? Kenapa tak 10 tahun? Sejak kawan aku berpindah kerja ke JKJR tu, idea bukan-bukan yang keluar...nak kena dia ni...nantila..
jangka hayat 5 tahun dari tarikh buat atau tarikh beli?
hayat helmet aku belum pon cukup 2 tahun tapi dah rosak bagai. maknanya sebelum aku beli, dah terperap dalam kedai apek tu lebih 3 tahun lah?
Addy,
Itu pun satu hal gak. Kalau fiber biasanya dikira dari tarikh dikilang. Cukup masanya, di rapuh. Tapi aku rasa setakat 5 tahun tu belum basi lagi...saja dia orang nak naik taraf ekonomi poket masing-masing tu...
ah! itu semua nk mengkayakan kroni je semua tu.... hakptuih!
.
TM,
Woii...keluar kahak hijau daa.. hahaha
Post a Comment