Sunday, October 6, 2013

Asam Pedas Melaka dengan Ikan Ketuka...

.


Pagi Ahad yang indah, cuaca panas di sini. Aku ke pasar untuk beli ikan pari. Aku terserempak dengan Nash Lefthanded yang juga ingin membeli ikan. Aku 'cunggit' dagu, dia pun 'cunggit' dagu gak. Bekas isteri pertamanya dah jadi isteri kedua seseorang di tempat kerja aku. Dulu-dulu aku sering bersarapan di restoran bekas isterinya itu.


Aku nak suruh Mama masak asam pedas versi Melaka. Jadi, aku tak beli ikan pari yang besar tu. Aku beli ikan pari jenis kecil atau Pari 'Ketuka', yang besar-besar pinggan nasi tu. Ini kerana isinya lebih lembut dan tulangnya lebih halus.



Asam Pedas in the making...



Asam pedas versi Melaka resepi Mama menggunakan rempah kari ikan dan halba campuran. Bahan-bahan lain adalah sama seperti asam pedas biasa. Kalau mak mertua, dia tambah lagi kerisik untuk lebih pekat. Oleh kerana bunga kantan di sini 3 kuntum mencecah harga RM5, baik tak payah beli! Kat kampong mak cantas-cantas sahaja sebab menghutan. Mama guna daun Limau Purut yang kami tanam di dalam pasu.

Hasilnya... memang mengangkat dan menendang!



Tomato Ceri itu aku yang masukkan, sebagai 'pemantul' di dalam mulut.
'Pop in your mouth, not in your hands'


Dan untuk menjadi regu kepada Asam Pedas Melaka dengan Ikan Ketuka, aku buatkan sambal belacan. Ulam-ulam yang aku pilih ialah Pucuk Kaduk dan Ulam Raja yang bebas racun serangga. Kedua-duanya aku tanam di tepi rumah.  Untuk Ariff, aku belikan Nangka Muda yang Mama masakkan lemak kuning. Nangka Muda juga salah satu sayur yang tidak beracun serangga.



Pernah makan ulam Pucuk Kaduk? Jangan tersalah dengan daun Sireh pula.


Aku sekarang dalam misi untuk makan sayur-sayuran yang kurang racun seranggga. Aku kasihankan hati dan buah pinggang dek kerana racun-racun itu. Marilah kita tanamkan azam untuk kurangkan makan sayur-sayur yang banyak racun serangga.


Kalau sudah tahu sayur-sayuran itu banyak gunakan racun serangga dan dimakan juga, dan akhirnya  sakit, bukankah itu juga sebenarnya tindakan memudaratkan diri sendiri dengan sengaja? Tidakkah itu seperti menghirup sup gearbox yang penuh dengan kolesterol yang menyumbatkan pembuluh darah? Sama juga dengan Gulai Kawah yang memang dimasukkan lemak-lemak sebagai penyedap? Kalau dah tahu makanan itu memudaratkan, elakkanlah... jangan membunuh diri. Elok difatwakan sahaja Sup Gearbox dan Gulai Daging Kawah itu haram, berdosa dan boleh masuk neraka kalau memakannya.





[Nota: Tijah, aku dah update pasal masak Asam Pedas. Ko bila lagi nih...?]

.

16 comments:

Su @ Aya said...

Assalamualaikum..

Bunga kantan 3 kuntum RM5!! Mahalnyaa... kat tepi rumh ni, duk terbiar kembang dan rosak gitu jer. Sesekali jer pun ambil buat asam pedas.

Sedapnya yg pop in the mouth tu, hehe!

Nizam.Ariff said...

Su@Aya,
Kat sini kalau nak mudah, kenalah kuar duit.. huhuhu..

Tijah said...

Laaa sama plak lauk kita cumanya aku pakai ikan kembung je. Kopipes bleh? Hahaha

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Hah...sama?
Tapi ko tak buat sambal belacan kan?

Lelaki said...

pucuk kaduk tu sebiji macam daun sireh eh!

Miss Naa said...

Sedap nya .kalau saya suka makan biskut tawar cicah asam pedas :)

http://missherher.blogspot.com/

t.a.t.a said...

cunggit tu apa?

Nizam.Ariff said...

Lelaki,
Ya... dan jangan tersalah ulam eh..


Miss Her Her,
hah??!!!
Tak tersedak ke makan macam tu?


Tata,
Cunggit tu ada yang kata 'conget' pun ada... angkat atau jongketkan.... dalam kes ini, angkat dagu...

t.a.t.a said...

oooo.

angkat dagu sekali angkat kening?

LydSunshine said...

Aku pon kurang suka ikan pari besar. Sebab aku mcm geli tgk kulit dia tebal sgt. Yg kecil2 tu sedap.

Asam pedas yg belah pantai timur punya simple je. Takde le nak letak daun limau purut halba tu semua. Heheh.

Nizam.Ariff said...

Tata,
ah.. jangan nak lebih2 lakk...
angkat kat Nash, maksudnya dah lain...



LyDS,
Kalau gitu, cuba la rasa asam pedas Muar atau Melaka... cer cuba..

t.a.t.a said...

aku tengah confused ni. aku cuba gayakan angkat dagu ni. biasakan orang buat angkat kening dengan angguk sekali kan?

NenetPenne (NP) said...

hai..
i kalau ikan ketuka, panggang jer pastu cecah dgn kicap+limau+bawang+cili... also not bad...

pucuk kaduk buat ulam memang best..

Nizam.Ariff said...

NP,
asalnya nak bakar tapi tetiba rasa baru lepas buat ikan bakar, tu yang buat masak asam je...

ASH said...

Aku ngidammm...meh tolong masak kat aku.

Nizam.Ariff said...

Ash,
tak pandai.... suh Mama masak la..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com