.
Panas terik tengahari semalam membawa ke rembang petang yang hangat.
Aku ingatkan menjelang sore, panas itu kan menjadi suam. Tidak rupa-rupanya.
Membawa ke malam, bahang masih membelengu di ruang.
Panasnya sekata di dalam dan di luar.
Kibaran bendera biru - hijau - biru muda gagal menghasilkan pusaran angin yang cukup.
Angin yang cukup untuk berolak masuk ke dalam rumah, apa lagi untuk menyejukkan.
Kipas seolah-olah terhenti bilah-bilahnya, gagal menghasilkan 'chill effect'.
TV juga semakin panas... luar dalam panas. Mulut panas. Imej pun panas. Mencik!
Terfikir juga aku untuk mengenakan buasana daripada kertas. Pada malam tadi.
Buasana kertas yang senang dikoyak dan senang diganti.
Kalau terlebih gerak, akan rabak dari celah ketiak hingga ke kelangkangan.
Nasib baik aku hanya baru terfikir, aku tak buat.
Janganlah nanti 'menang sorak kampung tergadai'
Janganlah nanti 'nak ke hulu air dah surut, nak ke hilir air dah pasang'
Janganlah nanti 'yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang''
Hmm.. .terfikir juga aku,
patutkan aku simpan sekampit beras, minyak, gula, garam, tepung, sardin
bagi melepasi tarikh keramat 5 Mei 2013?
Kalau nak terasa western sedikit,
aku simpan angle hair spaghetti, prego, fettucini alfredo,
.
18 comments:
aku dah tempah tiket 6hb mei nanti, untuk keluar bercuti. bukan untuk melarikan diri...
tetiba rasa nak makan tomyam pok tek
Bahangnya terasa sampai dikejauhan ini.:)
bahangnya kian merebak...
boleh juga ko buat stock simpanan macam gitu...
mana tahu harga naik nanti...
nak sampai 5 mei tu lama lagi...
so bahangnya pon akan berlarutan...
mohon pasang aircond sampai lebam k..
Aku fikir molek juga ko buat stok ransom kat dapur..kita tak tahu senarionya macam mana sebelum, menjelang, pada hati berkenaan dan selepas itu...apa apa Hal kilang aku tetap beroperasi macam biasa 24 jam terus menerus...
SM,
Hah... idea yang bagus...
aku pun nak bercuti juga la..
Sudip,
errr... tang ayat mana yang tetiba teringatkan tom yam nih? musykil sungguh aku... hahaha
ummuaidan,
kat sana nanti ada undi pos ek...
cik kaki ketawe,
aku dah mula kumpul sikit nih...agar tak berlaku pembelian panik nanti...
tapi hari tu aku beli 2 kampit beras... makan bertiga lambat habis, sekampit beras tu dah berkutu.. huhuhu
LW,
kalau gitu, kita org berkubu kat kilang ko je la ek? mesti ada pak jaga bawak cota tolong ronda2 kat pagar...
selamat petang, bunda singgah sini..
makan ikan dalam tin je la kot
nelayan pun tak turun ke laut
Bunda,
Selamat petanbg, bunda.
Bunda tak bawa pengat pisang kegemaran anakanda sekali ke? hehehe
kniedaz,
eh.. betul gak tu..
ikan dalam tin pun sedap... makanan kebanggaan aku tu...
hehehe yg pentin kena undi hokeyh !
KA,
malas nak ngundi.. .hahaha
Parlimen Shah Alam ke bro? hahaha..
Hahah nice preparation, harap2 tiada benda yg tidak elok berlaku :)
Daddy Ziyyad,
Aku tak ada parlimen... tak daftar... hahaha
COndoriano,
Harap2 pun bgitula...
kalau tak jadi pun, makan je la stok tu sampai habis..
wehhhh, sila jadi rakyat yg bertanggungjawab! haha
Daddy Ziyyad,
Aku bertanggungjawab untuk tidak membuat undi rosak... hahaha
Maggi bro. simpan Maggi bebanyak...
sepa,
tak sempat
kejap je dah habis
Post a Comment