Thursday, March 19, 2009
Aku, kerusi dan meja itu... pada satu petang itu
" Aku datang dari jauh,
Dari jauh aku datang..."
Aku teringat akan lirik tu. Tapi hanya setakat baris-baris itu. Dan aku tak ingat siapa yang mencipta atau yang menyanyikannya.
Hari ini. Bukan seperti hari-hari biasa. Aku telah diberikan amanah terus dari orang atas sana pada minggu lepas untuk pergi membantu satu kompeni di utara (tapi masih dalam wilayah Selangor). Tapi bukan kompeni India Timur. Itu aku tak nak.
Aku perlu bantu supaya kompeni ni boleh terus bernafas dalam cuaca ekonomi yang tak menentu sekarang. Ini bukan kerja biasa. Dulu, aku pernah buat kerja-kerja ni tapi sekarang aku dah buat benda lain. Tugas aku pun lain. Tapi, dek arahan orang yang di atas, aku pun
diminta kumpulkan semula CFT (Cross-functional team) yang aku pernah tubuhkan dulu untuk membantu kompeni-kompeni sebegini.
Dengan penuh rasa ikhlas dan rela, aku pun merantau dengan sebahagian CFT yang sempat aku kumpulkan. Aku ketuai delegasi itu menuju ke kompeni itu. Seperti biasa, aku jumpa orang-orang atasan kompeni itu. Kemudian aku tanya apa yang sebenarnya berlaku dan cari puncanya.
Lepas tu aku terangkan apa yang perlu dilakukan dan apa yang aku perlukan. Secara berseloroh, aku katakan aku perlu 'telanjangkan' kompeni itu. Aku perlu tahu segala urat-urat yang tersimpul.
Itu minggu lalu.
Semalam, satu gelegasi dari kompeni itu aku jemput datang ke kompeni aku. Aku terangkan apa yang aku mahu. Aku berikan senarai 13 perkara yang perlu mereka sediakan untuk aku boleh tolong mereka. Aku perlukan segala data dan aktiviti-aktiviti untuk mengembalikan kompeni itu ke jalan yang benar, jalan yang diredhai.
Mereka kurang faham. Tak apa, aku terangkan, mereka perlu fikirkan sekurang-kurangnya dua perkara: Pastikan operasi tak tergendala dan kurangkan kos tanpa mengganggu profit margin.
Mereka kurang faham lagi. Tak apa, aku pecahkan dua perkara fokus tersebut: aku beri kata kunci - Cash flow, suppliers, toolmakers, trade creditors, other creditors, machines & facilities itu untuk yang pertama; cost minus metality - operating cost, wastes elimination & value innovation. Baru mereka tunjuk muka faham. Mestilah, mereka kena faham sebab mereka orang-orang besar kompeni tu.
Itu semalam.
Petang tadi, aku pergi melawat kompeni tu dan aku minta semua yang aku nak. Tapi haprak! Satu mende pun mereka tak buat lagi. Aku dah sampai dan masa tu la baru terkial-kial nak buat. Esok, aku perlu kutip semuanya dan aku perlu sediakan kertas cadangan untuk orang-orang atasan aku pula. Aku dah mula risau.
Aku terus bangun dari kerusi. Aku rasa macam nak hempas je kerusi aku atas meja tu. Aku tenung muka sorang-sorang macam nak telan dia orang semua.
Eh! Aku ke yang patut risau atau mereka?
"Kami, encik ..."
Itu petang tadi.
Esok ???
Haih!......
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
patutla kompeni tu nyawa-nywa ikan. Mentaliti beb... Kreativiti satu hal tapi kalau mentaliti tak dibaiki dulu...jahanamm.
aku tgk terms2 yg ko bagi tu pun aku dh tau apa nk buat. hahaha...
ya. ya. aku mmg budak pandai. hahahaha...
kejap. company besar ke yg ko beri khidmat nasihat tu?
ko percaya tak bang. ada sesetengah big boss ni mengharapkan org2 bawah je punya idea dan kerja. sesetengah la... bukan semua.
.
Kakpah,
Aku rasa, masing-masing ada idea nak buat, cuma masing-masing malas nak buat... betul tu, mentaliti...
TM,
Ko memang pandai, aku tau... tapi aku engineer. Kalau aku boleh cerita pasal tu, kira aku pun kacip gak la dengan ngko...
Kompeni tu bsar gak. Local company tapi global. Ada anak syarikat kat Asean...
Dia orang tau nak buat, tapi ye la dia orang semua bos, mana nak pegang pen marker...
ni kira nk kabor ko pun pandai akaun lah ni. kenapa la aku tak perasan dr tadi. hahahaha..
eh! kita kan mmg kacip! hahahaha...
err... aku nk nasihat agama dr ko bang. amacam? bulih tak ustaz nizam? aku syak harun din pun tak bulih cari makan lepas ni. ha ha.
.
TM,
Pandai tu tak la... tapi sebab aku ada org akaun dalam team tu, sekurang-kurangnya, PnL , Cashflow tu boleh le baca sikit-sikit.
Aku pun ada banyak soalan dalam bab agama ni. Aku rasa, baik kita tanya KakPah & Ashley kut... dia orang tu ustazah... Aku bab munakahad dah khatam pun boleh lupe balik.... hahahha
Nizam,
Akak tak ambik syariah atau usuluddin..
Dulu belajor engine macam ko jugak le..
he he he...
Kut adapun..
sekadar pergi surau belajo serba sikit dari ustaz ustaz termasuklah Ustaz Harun Din..
dapat le tempias ilmu..
Post a Comment