Ubat penyengkang mata, dan penyegar badan... dapatkan 'energy booster' terus dari belakang rumah anda...
Nama larutan: Pati Al-Qetummi.
Dos: 30ml x 2 kali sehari.
Cara pengambilan: secara oral atau suntikan terus pada jantung.
Cara persediaan: bertaubatlah dahulu dan mengucaplah banyak-banyak sebelum minum
Tanda-tanda terlebih dos:
1. Dahi terasa bergetar-getar.
2. Telinga dan hidung mulai 'jatuh' dan lembik.
3. Jika dipicit pada lengan, daging kurang anjal.
4. Dos yang kronik, kaki dan perut mulai terasa sejuk dan kaku.
Awas!
Ini adalah persediaan herba tradisional. Jika penyakit masih berlarutan, sila dapatkan pandangan Tok Imam. Jika berlaku sebarang komplikasi, rawatan sewajarnya perlu mengikut simtom keadaan, pada kebiasaan penawarnya adalah sekeping papan dan beberapa ela kain putih.
Ini adalah persediaan herba tradisional. Jika penyakit masih berlarutan, sila dapatkan pandangan Tok Imam. Jika berlaku sebarang komplikasi, rawatan sewajarnya perlu mengikut simtom keadaan, pada kebiasaan penawarnya adalah sekeping papan dan beberapa ela kain putih.
.
17 comments:
Sesiapa yang rasa tension tak dapat balik raya tu boleh la kut try nuuu..meh sini, aku nak bagi adik polis hari tu!
bleh kurus tak ni? heheheh
Ashley,
Edisi terhad, special brew... hahaha
Tijah,
Kalau ko minum boleh tinggal tulang kut... hahaha.
Abang aku amalkan dekat setahun. Aku tengok badan dia fit semacam je... boleh kut.
tengok kaler jer aku dh kembang tekak.
.
macam jusmate dr romzey je, eh takut lah... nanti jadik cam rambut dr tu ;)
TM,
Ala... kaler macam air tebu je... pahit dia tak melekat pun. Bilas seteguk air, settle la... nak?
KOG,
Dr romzey kaya.. tak pe la...
Ko improvise la. Ko kan ke pandai buat kek. Ko campur dalam adunan kek coklat... mungkin sedap.
Hishh...tengok kaler pun dah hilang selera. Tak kaler lain ke?
ayer menda tu?
Isyirah,
Tu le warna asli, tanpa bahan pewarna dan pengawet... best giler... hahaha
Sue,
Air daun ketum!!!
baru perasan. comey gambor mama kt sebelah tu...
.
orang yg dah bosan hidup dan letih hidup boleh lah minum air ni... tengok warna dia pon dah boleh bayangkan rasa dia...eeeee nak termuntah..wek wek wek...
TM,
Tu rumah kat Melaka... raya tahun lepas punya... hahaha
SMM,
Semua ubat rasa tak sedap, kecuali madu je kak... itu pun, bagi sesetengah org madu tu memeritkan hati... hehehe
smlam tak tunjuk pun kat kitaorang......
nak gak tgk real dpan mata...asyik dlm blog ajer.....
Sue,
Mana ada bawak balik...
Tu masa raya kat kampung perak minggu lepas... bawak balik sini karang ada roadblock, mamposss..
...sing orak-orak wae toh!
Pastikan jangan meminum air ni sebelum jumpa ckLah....
Aww...takut aku...
Cklah,
Tu nimmat dari alam... kena test cuba... hahaha
Post a Comment