Sunday, July 26, 2009

Telur separa matang dibuatnya...

.

Sabtu....


Seperti yang dikatakan sebelum ini, troli-troli di pasaraya borong memang menarik perhatian aku. Dan sebelah petangnya, aku sempat singgah di Tesco S.Alam dalam perjalanan pulang dari menangguk harta di laut biru.


Pada belah tengaharinya, kami memang ke Giant Putra Height, nak beli barang. Pergi dengan alasan, pulang dengan muatan. Asalnya nak beli sabun basuh dan bekalan kicap Tamin tapi masa balik, penuh jugak tangan masing-masing jinjing beg plastik. Itulah impulsive buying. Ceh!


Pada belah petangnya, aku singgah di Tesco S.Alam kerana ada awek orang janji nak jumpa aku kat situ. Awek orang itu sebenarnya terhutang budi (kononnya) kepada aku sebab pernah tolong dia buat tesis doctorate, 3 tahun dulu. Aku pun dah naik lupa.


Alih-alih, dia hantar emel. Lepas tu hantar sms. Lepas tu telefon. Nak jumpa, kata awek orang tu. Dia nak kasi ole-ole sempena pertolongan aku tu. Dan kami pun berdating di depan tempat kanak-kanak bermain sambil tangan-tangan kami memegang kuda plastik yang berjalan bila dicucuk dengan syilling 50 sen, juga sambil diperhatikan suaminya.


Sekarang, dia bergelar doktor falsafah di UniKL. Aku tumpang bangga. Dan dia tak sudah-sudah ucap terima kasih. Dan hadiah pun bertukar tangan...




Aku pulang, tak sabar nak jumpa Mama dengan hadiah yang aku baru terima itu. Aku pecut agak menggila-gila babi gitu.

Hadiah itu berupa pengukus automatik, untuk merebus telur (ayam/itik), buatan Siemen. Selang 30 minit kotak itu dibuka, mama dah siap hidangkan 3 biji telur separa matang untuk dimakan dengan kicap dan lada sulah


Ahad...

Pagi tadi, juga ada 3 biji telur separa matang...


Esok pagi, telur lagi...?






.

9 comments:

ASH said...

ha ha ha
lepas ni tiada lagi telur telur yang dapat menetas kerana semuanya telah diREBUS!

uikkkkss..
aku pulak dah jadi cam KAKpah..
berkejar datang...
.
.
.
.
.
macam magnet.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tadi aku tengok, dalam sangkak telur dah tinggal 4 biji je.
Magnet utara tak pe kak...

ckLah @xiiinam said...

Selamat menghirup telur......
...campur kicap tamin...

Insyirah said...

Kolestrol sgt tinggi. Jaga-jaga.. :p

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Kicap Tamin memang tak boleh lepas! Hahaha

Insyirah,
Kami makan sorang sebijik je... ok lagi kut.

tasekM said...

kalau aku jd mama mau sebulan telur setengah masak. hahaha...

:p



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Lauk senang tu... hahaha

secangkir madu merah said...

pelik! kenapa 3 bijik tak 4 bijik?

Nizam.Ariff said...

SecangkirMaduMerah,
Err... jap... jap... ni tengah pikir ni. Soalan tu macam ada double meaning je... hahaha

OK. Jawapannya:
1. Kami duduk bertiga, makan seorang sebiji.

2. Aku dan Paku Payung kaum lelaki. Tapi sebab paku payung tak cukup umur, kira separuh je.. hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com