Wednesday, September 2, 2009

Ada makhluk Tuhan di sini...malam

.



Malam.

Aku hargai keanggunanmu
Sunyi kamu
Sepi kamu


Dari hingar pekik jerit kota sampah hanyut lesu busuk
Busung dengan nanah darah bekas kudis hanyir
Menggunung tinggi dosa


Dalam dada malam gelap kosong lompong
Ada makhluk Tuhan masih termenung bingung
Memikirkan apakah esok hari masih ada mentari
Menjengah dari celah dahan pohon dan daun tingkap


Ada makhluk Tuhan menghela nafas panjang kerisauan
Keseorangan dalam dada malam hening bisu
Itu aku.







.

13 comments:

ASH said...

Err..kamu tak berkeseorangan sebenarnya..
Tu Raqib dan Atid tu..

he he

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tu tak nampak, biar le dia buat keje dia. Nak rasuah pun tak boleh...

tasekM said...

ni mesti kes bini dan anak balik kampung nih... he he.



.

secangkir madu merah said...

malam...
aku renung bulan dan bintang
bercahaya dilangit kelam
sinar bulan terang benderang
kerlipan bintang bergemerlapan
angin mulus menggigit diri
sejuknya menusuk ketulang

malam...
kau datang tanpa diundang
menjengah aku yg sedang sendirian
rindu pun menyinggah disudut hati
menyapa diri yg sunyi dan sepi

Tuhan..
indahnya malam mu
seindah kasih ramadhan Mu

Insyirah said...

Sebenarnya, yang kita tak nampak tu la yg dekat dgn kita :)

Anonymous said...

brader,... home-alone lagi ka?... wa suggest luh ambik flight gi New York > the city never sleeps...

Nizam.Ariff said...

TM,
Tak de la, mama ada. Saja aku nak menggatal tulis puisi malam-malam

SMM,
Indah malam kerana bulan, indah siang kerana apa lak yek...?

Insyirah,
Betul tu, malaikat maut menjenguk kita 5 kali sehari... itu kita takperasan pulak yek...

Sepa,
Aku saja nak tulis puisi... lama tak tulis puisi spontan macam tu..

addyaholix said...

aku suka bang. serious. pergh puisi menusuk bang. aku dah mula rasa macam nak admirer kat ko bang. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku terharu.
Puisi kamu pun bagus, pembuka minda atas sedar...

ibundo said...

err..err..err.. aku komen selamat berpuasa dan berbuka je lah.
Ko tak pegi cari kat pasar ramadan lagi ke.

Alina said...

selamat ramadhan. yang selamat.

ckLah @xiiinam said...

Masa budak dulu..pernah main sorok2 masa bapak tengah sibuk melayan orang bayar zakat fitrah sampai larut malam Ramadhan....

Tiba-tiba abang ckLah hilang betul....ditelan pekat malam tujuh likur...

Satu kampung cari...lepas Subuh baru jumpa dalam belukar..

Tak taulah....hikmah malam 7 likr atau....ada momok nak main sorok-sorok sama....Errr...setan kena ikat kan ....hi..hi.Abang ckLah yg jd prof kat Uitm tulah...

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Hari-hari kak. Tapi, kira dah ok, cuma kadang-kadang terbabas jugak sampai sakit perut...

Alina,
salam ramadhan, dengan segala pancaroba zaman moden ini, semoga ramadhan ini kita selamat..

Cklah,
Bukan ke bulan pose hantu setan kena ikat? Tapi, ye la... jin bukan kena ikat. Mungkin dia kena tarbiah dengan jin belukar tu kot. Sapa nama abang Cklah & fakulti apa? Prof Razmi ke?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com