.
Kali ini aku beraya pertama di kampung aku, C. Balai Perak. Menjadi resmi raya aku sejak berumah tangga ni, aku akan beraya di kedua-dua belah pihak. Bezanya, yang mana dulu dan yang mana kemudian.
Kalau tergilir dapat raya pertama memang seronok, sebab sehari dan satu malam sebelum raya adalah masa yang paling sibuk dan ditunggu-tunggu. Seronok dengan persiapan. Dengan masakan. Dengan langsir dan habuk dalam rumah yang setahun sekali baru perasan kewujudannya.
Tapi, aku tetapkan syarat. Pada raya kedua kena tukar lokasi. Walau seronok macam mana pun, raya kedua mesti berpindah ke lokasi kampung satu lagi. Kena tinggalkan salam kepada rumah saudara-mara yang belum sempat diterjah.
Ini juga bermakna, raya di lokasi kedua adalah lebih panjang daripada lokasi pertama. Bermakna juga, boleh merayau jauh-jauh dan bercuti sakan. Contohnya, petang raya kedua kali ini aku dah pulang ke S.Alam, tidur satu malam untuk cas bateri dan cas-cas bateri Mama, pagi raya ketiga aku bertolak ke Melaka. Dan aku beraya di Melaka dari Selasa sampai ke Sabtu!
Jadi, tak semestinya lokasi pertama menjadi idaman raya pertama. Ianya bergantung, kalau adik-beradik lain hanya berkumpul pada raya kedua, akan terlepaslah untuk berjumpa.
Untuk elakkan mengantuk di jalan raya yang tersengguk-sengguk ketika pulang ke Melaka, aku teguk segelas dua air Daun Ketum di rumah abang aku.
Err... sebenarnya, hari raya pertama lagi aku dah bersarapan dengan air Daun Ketum...
Perghh..! bukan kepala aku je terasa ringan, kereta aku pun terasa semakin ringan membelah aspal.
.
11 comments:
Awat tak habaq awai-awai nak mai rumah ckLah dengan Tasik?
CkLah,
Konon-kononnya nak buat surprise..
SURPRISE...!!! Nak tengok cikgu tanpa solekan, bangun tido ke...Hahaha.
...hah...menjadik le sangat surprisenya tu...sampai rumah pun tk tau kat mana...ha..ha...
Errr...ckLah mana pernah bersolek..hi..hi
daun ketum?
Bro, gambar cover sebelah lawa... :) (ahaks...tiba-tiba aje)
Cklah,
Cikgu tak terkejut ke..? hahaha
Azani,
Bro, lu kena cuba.. baru terangkat! Tapi jangan le yang dah tercampur dgn ubat nyamuk atau panadol. Ambik yang original, kalau nak campur pun dengan misai kucing..
Insyirah,
Ko pun lawa gak... Auuww! Hahaha
yoohoo, i yem bek!
kita org tak pernah osom, mlm raya-1st raya sentiasa kat kg deris... baik chup 2nd raya, dapat turn lama-lama, kih kih >:)
wei.. amalkan sangat lah minum air ketum tu.
balik melaka tak makan ikan bakau ke. Akak nak gi tapi tak sempat lah.
KOG,
Hah, aku pun pikir yang sama gak.. tapi kita orang memang bergilir...
Kakpah,
Kita org makan ikan bakar kat anjung batu petang khamis lepas... tempat yang hujung sekali tu, yang ada surau. Senang sikit.
aku syak balik shah alam tu ada misi lain tu... ha ha.
:p
.
TM,
tak de mendenye... bukan ko pun same sejuknya? Hahaha...
Post a Comment