Tuesday, April 27, 2010

Tema apa raya tahun ini... ah! awal lagi

.


Suasana jam 9.30am


Bunga-bunga Hari Raya dah mula berputik. Malah, belum berputik pun lagi, harum bunganya dah boleh mula dicium wangi. Mungkin termasuk bunga-bunga kredit kad nanti...


Belum pernah dibuat seumur hidup aku ikut Mama pergi shopping kain-baju, kami tertegul di depan pintu kedai yang masih belum dibuka! Musykil giler nih. Mulanya ada 2-3 keluarga seperti kami sedang menunggu. Lebih kurang T-30minit, depan pintu kedai dah mula sesak. Tapi kedai belum buka lagi!



Selama ini, kami selalunya bershoppang-shopping kain-baju raya di Tangkak. Tapi, pembukaan cawangan baru Jakel di S.Alam ini tak dibuang peluang oleh Mama. Aku? Aku sekadar curious jer...





Bila kedai dibuka, ramai meluru masuk. Kami jalan macam biasa je. Taklah nampak sangat kami ni tak berkain-baju langsung. Kami terus ke tingkat atas. Aku tolong Mama pilih corak dan kain yang cantik-cantik. Ada juga yang berkenan kat hati. Aku lihat ada tertulis 1800 pada hujung papan tu. Wuih! Baru aku tahu, kain satu papan sepanjang 1800 ela panjangnya.

"Err... bukan encik. Itu harganya, satu meter RM1,800..."

Cepat-cepat aku kata kain tu jarang sangat. Tak sesuai untuk muslimah seperti Mama!



Sebelum masuk tadi, Mama dah pesan, tema tahun ini adalah 'Gold'. Tak banyak pilihan untuk aku dan Paku Payung. Tapi, baaaaanyaaaakkkk pilihan untuk Mama. Dan kami habiskan masa selama 2 jam di situ.



Antara yang menunggu..



Aku dah pilih dan beli dalam masa 30 minit pertama. Tapi, Mama melompat dari satu sudut ke satu sudut dan dari satu tingkat ke satu tingkat lain. Aku terjumpa sebuah kerusi. Aku biarkan Mama dilayan oleh Nilly (wakil penjual) sedangkan aku duduk dan pejamkan mata dalam keriuhan makcik-makcik yang sibuk memilih.



Selepas habis 2 jam, selepas 5 pasang kain ela di beli dan selepas beberapa ratus ringgit, akhirnya Mama menamatkan 'penderitaan' aku.

"Nanti, akak bolehlah cari tudung yang match dengan kain-kain ni ..." Kata Nilly.


Tudung!!! Alamak. Penderitaan aku belum berakhir rupa-rupanya.
Dan kasut.. dan handbag... dan mungkin eksesori untuk match dengan tema 'Gold' Mama tadi.
Atau mungkin juga Mama saja je 'hint' awal-awal tadi tentang 'Gold'...




Ketika berbaris untuk bayar, handphone aku bergetar-getar...

"Abah dan Mama kat mana sekarang ni?" SMS dari Paku Payung.

Aku balas, tengah shopping di S.Alam.



Eh, lupa. Sebelum kami ke sini, kami hantar Paku Payung di KAFA sebab dia masuk pertandingan 'Kalam Jama'ie' untuk Zon 2 daerah Petaling pukul 7.30am.


Kami tak keji, cuma kami tak mahu menyusahkan dia untuk terlibat dalam bershopping... hahaha.






.

12 comments:

ibundo said...

kalau aku bershoping aku suka tinggalkan laki aku kat rumah sebab bila bawak dia, kejap kejap tengok jam. Kejap kejap tengok jam. Aku nak shoping pun tak boleh concenterate...
Dia tak ikut, aku dan anak2 boleh shoping dengan amaaaaaannnn....

Anonymous said...

Sy setuju ngan kak pah...

scientific rekaannya = kaki lelaki berotot tegar tak sama ngan kaki wanita berotot lembut...

bila llaki berjalan byk atas permukaan keras..kaki diorg takda suspension mcm wanita..jadinye cepat stress dan perlu carik kerusi...

huhu

tasekM said...

ya. aku pun tak minat nak bawak laki kalau pergi shopping. bukan apa. kesian. stail org pompuan shopping mmg semua sama. jalan. jalan. tengok. tengok. pilih. pilih. belum tentu beli. selagi tak dapat yg berkenan di hati...

ha ha.



.

kucingorengemok said...

baju raya kita org dah siap semua, dari raya 1 hingga ke 3 :) over tak? hahaha

Nizam.Ariff said...

KakPah,
Tengok jam tu sebab nak check waktu Zohor ada lagi ke tak... hahaha

Pojie,
Yup.. kite lelaki sejati... hahaha

TM,
Weh...org pompuan pilih lelaki pun camtu gak ker? hahaha


KOG,
beb, by the time raya, baju ko dah out season.. hah, camner? Aku rasa ko kena beli lain dlam bulan pose ni la.. hahaha

secangkir madu merah said...

betol lah ckap kakpah tu...bawak laki gi shopping memang leceh...tak senang hati nak memilih bila dia kejap2 menjawap telipon dan tengok2 jam... tapi aku takde pilihan..memang kena gi dgn dia...

dah boleh hantar tempah baju dah ni kan? aku beli siap punya je...

yayayuyee said...

saya sokong..evenn saya tak kawen lagi,kawan-kawan dah menyampah sbb tiap kali diorang teman saya g shoping saya la yang paling lama memilih..last2 saya tak beli sbb tak de yang berkenan dihati..opsss dan skill itu saya gunakan untuk memilih buah hati..hahahaha

sue said...

dah beli bajuraya ker?....kater nak sedondon satu keluaraga tahun ni?oren?...tak jadik ker?

ASH said...

setakat 3 kepala jer! apa nak disusahkan..
aku ni ada 11 kepala ni..
ko tolongkan shopping untuk aku. nizam,yang semeter 1800 tu pun okehhhhh....

Nizam.Ariff said...

SMM,
Mama kena tempah. Kalau beli yg siap punya pun kena hantar kedai gak... sama je.

YuYee,
Jangan pilih2 calon camtu gak... nanti berduyun datang ke rumah nak pinang.. payah tu.. hahaha

Sue,
Oren dengan gold lebih kurang sama je... raya kat mana?

Ashley,
11? mmm.. kalau 7 tu boleh gak lengkapkan warna pelangi. Semeter 1800 Rupiah boleh? Hahaha...

sue said...

tahun ni melaka dulu....

Nizam.Ariff said...

Sue,
Ooo.. lupe, kita sepakat.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com