Monday, May 10, 2010

Let's Go Green .... Pengebom Berani Maut


.


Aku tak berapa pasti kenapa 'Hijau' selalunya dikaitkan dengan alam sekitar. 'Green Technology' disinonimkan dengan teknologi yang bermesra-mesraan dengan alam sekitar. Alahai...


Padahal, sebahagian besar Bumi ini adalah laut nan membiru. Bukankah selayaknya 'Biru' dikaitkan dengan alam sekitar. 'The Blue Planet' telah lama disinonimkan dengan Bumi. Bukan 'Green', kerana 'little green man' selalunya disinonimkan dengan makhluk asing dari Marikh. Walau kita tahu marikh itu telah lama dikaitkan dengan 'The Red Planet'. Ya, merah.


Dari mana datangnya 'Green'? Bukankah ia antonim dari Biru dan Merah?




Lagi satu, 'Let's Go Green' tu bukankah selalunya disinonimkan dengan amukkan Incredible Hulk?

"Weh, lu jangan cabar gua. Nanti gua berubah jadi 'hijau', mampos lu..." contohnya.

Maknanya, 'Let's Go Green' adalah antonim kepada keamanan.


Aku konpius, 'Let's Go Green' itu panggilan yang aman atau panggilan untuk kita semua menjadi pengebom berani bersepai-tinggal-kepala?


'Greenpeace' bukan peace sebenarnya sebab dia selalu cari gaduh dan kacau orang nak tembak ikan paus dan beruang panda...


'We Green The Earth' sama dengan menjadikan Bumi ini padang Jarak padang Tekukur...



Ungkapan sepatutnya: 'Let's Go Blue !!'


Tapi, nanti orang kaitkan pula dengan cerita wayang biru, yang sering mengulit-ulit kulit dan daging mentah manusia, turut mempromosikan Budaya Kuning ke dalam masyarakat berbudaya ketimuran.


Eh, dah kuning pulak!!!

Ish.... konpiusnya aku.





.

5 comments:

ASH said...

Ijo warna pakaian Khadam khadam di syurga...

.
.
antara isi kandungan Khutbah Jumaat
.
.
sekian

kucingorengemok said...

orang parti keris mesti tak suka kalau orang ramai semua asik let's go green, let's go green macam gini! hehe :)

Anonymous said...

Paman,

sume yang 'green' tu tuk jaga alam sekitar..laut maybe tak masuk..sbb bencana banyak dtg dari laut..so tak yah jaga dah..diorg dah kuat..haha..

TENGKU ARIFF TUAN ISMAIL said...

hahahaha
bayak perbezaannya perkataan green dan blue itu
hijau selalu dikaitkan dengan benda positif,tapi biru sebaliknya

saudara nizam,
kommentla new entri saya
masih baru dalam berbloging
harap sudi memberikan feedback

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Hitam pula warna jahannam...

KOG,
Eh.. betullah tu...

Pojie,
Segala yang di darat semua pegi ke laut, termasuk nyanyian sumbang .. ' ko nyanyi ke laut peginya..' contohnya. So, kena jaga laut tu... go blue...

Tengku Ariff,
Salam. Semua tu persepsi dan prejudis terhadap warna... warna tak salah apa-apa pun...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com