Saturday, July 10, 2010

Jom kita tanya Paul, ekonomi merudum atau tidak...

.

Save the money...

Dah dua hari dok fikir, apa akan berlaku kalau ekonomi meleset lagi?

Walau pun bukan sekali ekonomi meleset (terutamanya dalam umur begini), kerisauan tetap terasa. Kalau yang lepas-lepas, perkara fizikal yang kelihatan ialah jalan kurang sesak semasa waktu puncak ke tempat kerja, rumah-rumah sewa yang kosong dan malam kotaraya yang berkurang berahinya.


Memang bagi sesetengah orang, kemelesetan ekonomi membawa tuah. Terutamanya mereka yang banyak 'cash n carry', sentiasa mengintai aset-aset atau saham-saham yang merudum, dimana kuasa tawar-menawar berada pada tangan yang punyai banyak 'cash n carry'. Mereka seolah-olah melihat situasi berkala ini sebagai satu adjustment terhadap ekonomi yang asyik mencanak sebelum ini.




Aku teringatkan satu kisah benar yang diceritakan oleh kakak ipar aku tentang seorang wanita yang merantau dari Kemboja ke sini. Wanita itu dulu seorang yang agak berada di Kemboja, punyai harta dan wang ringgit di dalam bank. Bila kacau-bilau berlaku di sana, nilai harta musnah dan wang di dalam bank hilang. Malah, bank itu sendiri tiada. Yang tinggal cuma nombor-nombor kecil tertulis di dalam sebuah buku kecil. Hanya itu.


Nasib dia baik kerana ketika dia sampai di sini, dia masih punyai gelang dan rantai emas. Kemudiannya digadai untuk dibuat modal berniaga kecil-kecilan. Ada orang kata, kalau beli pisang goreng di gerai payung di tepi jalan dengan wang syiling euro mungkin peniaga itu tak terima tetapi kalau bayar dengan emas, sesiapa pun boleh terima.


Itu tentang emas. Tapi aku fikirkan sesuatu yang tetap. Aku dalam dilema, patutkah aku 'sejukkan' status aset-cair aku kepada aset-beku-berais?


Ini yang buat aku rasa macam nak pinjam Paul si Sotong Kurita sekejap...





.

8 comments:

Tijah said...

kena cari peluang apa yg biasa org perlukan masa zaman jawat sok. buleh meniaga nih...

tasekM said...

pada pandangan aku jgn disejukkan dulu. takut yg cair tu mengalir deras, yg sejuk tu keras terus. silap2 tergadai...

aset yg ko ada sekarang lebih dr cukup utk masa2 gawat dan tak gawat.

itu pandangan akulah.
aku yang selalu bersederhana utk apa sekali pun.
bersederhana yg mungkin dimata org lain seolah tiada misi.
aku tak kisah pun....




.

kucingorengemok said...

tak baik tanya paul, tuhan marah... :)

ckLah @xiiinam said...

Kalau jatuh kepleset....sakit!!!

ASH said...

AKU sokong KOG!
sep...
.
.
Sotong tu kepala dia je besor..otaknya kut ada pun tak sampai 3 kg!

Anonymous said...

klo nak labur emas...labur la dlm kijang emas daripada maybank...leh monitor harga emas tiap2 hari sesuka hati...labur sebelum lebur...

Anonymous said...

Ekonomi meleset.hmmm..takde peluang ler akak nak pakai kereta.

Alahai!

WL

Nizam.Ariff said...

Tijah,
Time gawat orang nak duit ... camner nak meniaga duit hah?

TM,
Aku nak ambik kesempatan sebelum PEMANDU berjaya mempengaruhi kerajaan utk mansuhkan subsidi...

KOG,
Kalau tanya paul pun bukan dia boleh cakap... hahaa

Cklah,
Mama gebu, boleh tampan.. hahaha

Ashley,
Sotong kepala besau la sedap buat masak kicap.. hahaha

Pojie,
Labur emas kat tangan, leher dan jari-jari Mama jer.. senang.

Waterlily,
Kete tu boleh ditangguhkan kalau mahu, kete adalah aset yang menyusut nilainya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com