Thursday, July 15, 2010

Siri Istikharah 2

.


Hari itu hari yang seakan-akan asing buat kami. Kami siapkan sebeberapa kadar yang perlu. Kami tinggalkan mana-mana yang kurang perlu. Akhirnya, tak banyak yang kami bawa. Ya, sekadar ala-ala kadar.

Kami bergerak menuju ke satu kawasan baru.

Kawasan kejiranan yang baru. Rumah-rumah yang berjajaran di kaki-kaki bukit. Juga jalan-jalan yang memanjat dan melilit kaki bukit sehingga hampri ke puncaknya.

Setiap rumah adalah rumah sebuah-sebuah. Dan kami menjadi jiran baru di situ. Malah, seluruh penduduk adalah baru di situ. Itu adalah satu kejiranan yang baru.

Amat baru sehinggakan hampir setiap hari ada sahaja yang mempelawa kami untuk kenduri di rumah mereka, 'house-warming' kata mereka yang rata-rata adalah Melayu tapi punyai pelat Inggeris.


Kami penuhi permintaan jiran terdekat kami. Rumahnya besar seperti rumah agam. Telah diubahsuai daripada bentuk asal, walaupaun baru. Dindingnya dari kemasan serpihan batu-batu tersusun indah. Tiang-tiang yang tinggi menjulang hingga ke puncak kubah. Seperti tiang-tiang angkuh mereka.


Malah, terdapat juga pendiang walau aku tahu pendiang hanya sesuai di iklim sederhana dan sejuk. Tapi aku tahu, itu hanya hiasan.


Di rumah jiran yang lain, hampir begitu juga. Sedang kami menghirup air teh panas hidangan si pemilik rumah yang ramah, kami jeling-jeling segala hiasan dalaman yang cantik-cantik.

Aku sempat berpandangan dengan Mama dan dalam hati aku berkata ' rumah kita sederhana, tiada apa jika dibandingkan dengan mereka semua ini. Tiada hiasan dalaman yang mahal-mahal, malah aku lebih hargai sekeping tikar buluh daripada segala hiasan itu '.

Dan kami pulang ke rumah kami, untuk kemaskan rumah baru kami di kaki bukit berbatu itu...



.

3 comments:

Anonymous said...

hahaha..
paman/ dino

baru je berkenalan ngan sorg member baik paman... nama dia amir shauqi...kenal ke? ramai tol erh kenalan..merata pelosok..

tasekM said...

nak beli umah yek...?



.

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Aku knal Amir Shauqi. Kirim salam kat dia... kawan2 rock je masih panggil nama samaran tu...


TM
dalam mimpi tu, macam tu la... jom beli? Subsidi dah mula kena tarik..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com