Mengkaji masalah yang timbul kelmarin dan saranan daripada kakak-adik sekalian, aku ubah taktik pembelian. Aku cari juadah berbuka puasa aku di restoran yang telah ' established ', walau pun agak mahal sedikit berbanding 'gerai payung' yang tumbuh seperti cendawan busut selepas hujan.
Aku terpikat apabila terlihat ini:
Daging rebus-bakar...yang dihiris... |
Lalu aku beli 3 bungkus untuk setiap seorang. Memang sedap! Perrghh.... la ni jugok kawe buleh kecek kelate... hahaha...
Memang ramuan nasi kerabu kurang lebih sama dengan gerai-gerai lainnya tetapi yang ini... peratusan adunan dan perincian setiap adunan memang sesuai dengan citarasa lidah aku. Serba-serbi secukup rasa.
Nasi kerabu berlaukkan daging bakar... |
Dan yang penting, penjual ini tidal lokek dengan bahan-bahannya. Semuanya kelihatan lebih. Dan apabila digaul, pelbagai aroma yang terbit dari bahan-bahan teradun itu memberikan satu tekstur yang mengecurkan air liur...hahaha.
Ini hari kedua kami berbuka dengan nasi kerabu dari gerai ini. So far so good...
.
6 comments:
masing² ada strategi, hihi... eh nasi ni kalu simpan buat sahur tahan tak?
Sedap gile nampaknye tu paman...byk gile daging..import ke kedah leh ker?
kucingorengemok,
nasi tu tak tahan smpi sahor...sbb sblm sahur dah abis dah..hahaha
KOG,
Mungkin tak basi kut... kalau setakat pukul 10...
Pojie,
Ko mari le turun sini. Duduk atas kayangan tak nak turun-turun... kembung perut ko asyik makan angin je...
sedapnya...
tak berat ke tuh?
nasi kerabu mmg layak dibeli sahaja. nk buatnya leceh, kan...?
.
SMM,
Berat gak... tapi makan jangan habiskan...
TM,
Betul... banyak sangat bahannya...
Post a Comment