.
Musim-musim tengkujuh sebegini, matahari muncul tak tertakwimkan lagi. Hilang gelap terbit teranglah. Aku tak perlu susah hati dengan semua ini kerana matahari masih ada di sebalik awan tebal. Matahari tetap setia cuma awan yang kadang-kadang nipis dan kadang-kadang tebal menjadi hijab kepada cahaya matahari.
Musim-musim tengkujuh sebegini yang redup dan nyaman, membuatkan aku terasa seperti ingin terbang. Seperti ingin menjadi Geroda yang besar, yang sayapnya sebelah di masyrik dan sebelah lagi di maghrib.
Musim-musim tengkujuh sebegini, aku mahu menjadi seperti Geroda yang berlegar-legar di sekitar daerah Merung Mahawangsa, mencari Jentayu aku yang hilang menyembunyikan diri. Kalau ingin ketemu aku kerap kali, jemputlah ke daerah ini.
.
14 comments:
mak aihhh. susahnye aku nak paham. hikhikhik
Tijah,
Ni teka teki ala-ala Da Vinci's Code... hehehe
apa nizam?...aku pun tak paham..
erk..payahnya nak faham bahasa pujangga nih
cikgooden,
Alaa... kisah burung nak bebas terbang sana sini...
b.kedondong,
...juga tentang musim hujan yang segala-galanya lembab dan sejuk...
ko nak lepak kat MM plak yek...? bukan kat aku yg akut nih...
aku gak yg paham.
ehem2.
:p
.
TM,
hahahaa... ko war-warkanlah kat kawan-kawan...
elehhhh. tm tu buat2 pahamm. bukan aku tatau. hahahah
ha ha. saja dengki la ko jah...
nizam,
betul kan, apa yg aku paham tu...? he he.
.
Tijah,
TM serkap jarang tapi pelikan.. kali ni mengena lak. Dia ada ilmu kot..
TM,
Ya, betul tu.
Cis... hilang misteri nusantara aku....
*joget depan tijah*
nizam,
10 n3 misteri nusantara yg ko bagi, 9 aku boleh faham. percayalah!
ha ha.
.
TM,
Wooo... ko dah terer ek?
Jentayu tu jentera ayu ek?
aku tanyerrrrrrr
Ashley,
Jentayu tu jual kurma... jen..tayyubb... hehehe
Post a Comment