Dah nak pilihanraya lagi rupa-rupanya. Macam baru kelmarin je terngiang-ngiang meriahnya suasana raya besar-besaran itu.
SPRM dan SPR tak sama rupa-rupanya. Tapi, bukankah biasanya seseorang itu bila berjaya dalam SPR, SPRM akan datang siasat 2-3 tahun lepas tu?
Semasa hendak turun di Gi-ant PutraHeights, aku disapa oleh 3 orang kakak. Dia suruh semak daftar pemilih. Aku kata, aku tak pernah daftar untuk mengundi.
Salah seorang kakak tu (yang mungkin lebih muda daripada aku) kata, aku boleh isi borang daftar untuk mengundi. Dia unjukkan borang kepada aku. Dengan cara separa baik, aku tolak.
"Rugi dik kalau tak undi..." katanya.
Tak apalah, aku kata. Aku memang tak rajin nak beratur nak buang undi. Buang masa aku.
Aku belek-belek borang itu. Aku tanya kakak itu, kalau aku isi aku boleh jadi YB tak? Dia ketawa tetapi dengan cara yang paling sopan.
Dia masih pujuk aku untuk daftar mengundi.
"Tak apa lah kak. Penat-penat aku buang undi, orang lain juga yang kaya untuk 5 tahun..." Kata aku.
Ya, tak kiralah kaya macam mana. Mungkin gaji dan elaun. Atau mungkin juga kudap-kudapan. Mana-mana satulah.
.
4 comments:
kalau ada perkataan raya mesti meriahkan?
Kalau SRP ckLah dah pas....
(komen ala-ala nak kena pukul)
:D
Kulaan .... Alamak ARO yang bertugas dan akak-akak td tu semua petugas UPP PAS Kota Raja, Pakcik lah ketuanya. Kita kena bincang nie
SMM,
Hantu Raya pun meriah gak.. meriah dengan pekik kelolong... hahaha
Cklah,
Takpe, jauh nun. Tak sampai...hahaha
Te'O,
Malas nak balik CB la...jauh. Aku wakilkan kat Angit jer... hahaha
Post a Comment