Tentang sebakul tapi lebih RM 50... entri sebelum ini.
Rupa-rupanya, ada lemak-lemak tepu terselit di bawah bakul itu yang tak terambil imejnya oleh kamera beresolusi sekadar VGA sahaja.
Ada cream cheese dan double cream rupa-rupanya yang Mama selitkan.
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk ini...
Yang hitam-hitam di bawah itu adalah cebisan kurma Mariami.
Yummy...!
Dan... *plop* !!!
Secara magisnya, lelemak tepu itu pun berpindah ke perut kami.
Ah! Satu kerja pula nak membuang/membakarnya.
Lazatnya hanya di mulut. Nikmatnya terhenti di tekak.
Seterusnya adalah kesengsaraan...
.
6 comments:
wah sedap cheese cake, kalau letak blueberry atas kek tu laaaagi marbeles... satu loyang utk keluarga kecik kau tu seminggu pun tak habis, bak sikit
SMM,
Kami makan sikit-sikit, sayang nak makan banyak2...hahaha.
Dah letak kurma kak. Meh la datang sini, rumah kita bukannya jauh pun... seberang tol je pun. hahaha
aku kalau berhadapan dgn cheese mmg pasang perisai.
hari tu makan gak la sesuap cheese cake.
kalau ko nk tau aku dh lebih setahun tak makan pizza.
kuat, kan iman aku...?
ha ha.
.
TM,
Aku sekarang beli pizza sejuk beku kat pasaraya je... tak koser nak beli pizza panas-panas ni...
pizza sejuk beku tu pun ada cheese gak tu...
tak bulih makan.
aku la...
kot dah makan kang mula la rasa nk bersenam.
teruk penyakit aku nih...
:)
.
TM,
teruk tul penyakit ko. Ko elergik kat cheese ek?
Post a Comment