Char Kuey Teow dia ni memang power...! Dia meniaga dari dalam lori bergerak je.
Nampak yang berbaris dalam 3-4 orang pada satu-satu masa tapi nak menunggunya sampai 30 minit. Sebabnya, setiap orang pesan 3-4 bungkus dan menjadi resmi Char KueyTeow, ianya dimasak satu persatu. Kadang-kadang 2 in 1 tapi aku tengok dia memang masak satu persatu.
Kami pesan 3 pinggan. Setiap pinggan ada 3 ekor udang. Kami suka udang tapi Ariff tak berapa suka udang. Nak buang, sayang. Jadi, Ariff berikan Mama seekor dan aku seekor. Tinggal seekor lagi.
Dia teragak-agak nak berikan kepada siapa kerana dia tahu kami memang suka udang. Aku cakap, dia perlu berlaku adil. Kalau dikerat dua udang itu, pasti ada yang dapat bahagian kepala dan ada yang dapat bahagian ekor. Kalau nak dibelah dua, tak ada pisau. Dia serba salah.
Akhirnya, aku cakap kepadanya, memang payah nak betul-betul adil. Manusia biasa macam kita ini memang susah nak adil. Hatta kasih sayang emak kepada anak-anaknya pun tak sama rata. Selanjutnya, aku kata, itu sebab ada satu lagi istilah yang berdiri disebelah perkataan 'adil' itu. Gunanya ialah untuk memperteguhkan 'adil' yang lemah. Istilah itu ialah 'tolak ansur'.
Sehabis aku cakap begitu, Ariff terus berikan udang yang ke-3 kepada Mama.
Dah agak dah. Dia memang sayang Mama dia lebih...isk.
.
14 comments:
mungkin arif rasa ko sayang mama lebih dari mama sayang ko, jadi ko boleh lebih bertolak ansur dengan konsep adil dia... kehhh, ops ;)
KOG,
ko mesti sokong Mama gak kan... tak adil nih... hahaha
haruslahhhh. mama dia yg nyusukan dia dulu. abah dier ade? hikhikhikkk...
jah... dah la arif nk menyusu pun dia nk tumpang ye dak...?
harussssssssslah udang itu diberi kepada mama.
hikhikhik... (jah... ni gelak stail mabuk yek...?)
.
AKU,
sebenarnya kau tak layak dapat udang dari Arif itu walau seekor pun kerana seorang anak mesti mendahulukan ibunya 3X lebih dari bapanya. Kalau ada empat ekor, ko buleh le dapat sekorrr..
.
.
.
Udang yang seekor yang kau perolehi dari Ariff itu, sila LUAH kan semula..ITU HAK MAMA!!
.
.
.
unless MAMA REDHO!
salam zam
adil tu
3 bahagian arif untuk mama, papa 1, bahagian mama tu semuanya untuk papa...
he he he....
suami untung ma....
Tijah,
Aku puan buatkan susu dia malam-malam pe, tu tak kira menyusukan ke? ...hahaha
TM,
itu lainnn.... itu nafkah...hik hik
aku pun dah gelak kaedah mabuk...
ashley,
nanti aku tanya Mama.. kalau dia sanggup, aku muntahkan. Tapi dah lama cenggini, kira tungu keluar ikut bawah je la.. hik hik hik
Azani,
THANK GOD!
At last, ko penyelamat aku... mana aci 4 lawan aku sorang ye dak?
kihkihkih....
kalau kami semua bergabung ko mmg ada rasa nk pasrah je kan...?
he he.
bang zani...
nah apam balik.
ko nk sokong sapa sekarang nih...? cakap...
.
TM,
Ko kasi Azani? Ko kasi Azaniii..? Ko kasi apam...
Azani, ambik la... biar aku keseorangan menjadi jantan terakhir.
ladies first
errrrr.....
garu garu kepalaku
susah juga nak buat keputusan ni..
kalau aku ambil .... zam kecil hati...kalau tak ambil...
hairul,
Bila nak hapdet nih? Org dah nak sampai ke bulan ni...
Azani,
kalau tak ambil, perut ko kecik lak nanti.. hahaha
Nanti esok azfar pun akan buat mcm gak kut. Hehehe.
Syurga anak kan di bawah tapak kaki ibu. Haruslah bagi ibunya. Kihkihkih..
Syirah,
syurga isteri pada redha suami lak dik.. hahaha
Post a Comment