Petikan dari myMetro hari ini:
" BETONG: Gangguan kemunculan lembaga berambut panjang di bangunan baru Ibu Pejabat Polis (IPD) Betong di sini, selepas sebulan berpindah ke lokasi itu kini memasuki episod baru apabila makhluk jelmaan menyerupai wanita itu dikatakan beralih angin dan sering merayau di kediaman pegawai pula.
Jelmaan wanita terbabit dikatakan sering dilihat sekitar kediaman beberapa pegawai IPD berkenaan, malah kelibat menyeramkan itu didakwa turut dilihat penduduk kawasan berdekatan ketika melalui bangunan itu, kira-kira jam 2 pagi.
Lembaga itu dikatakan berpakaian lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang dan dilihat sering merayau sekitar kediaman pegawai setiap awal pagi sebelum menghilangkan diri. Beberapa pegawai di IPD itu mendakwa pernah melihat kelibat wanita berjalan sendirian, malah lebih mengerikan apabila lembaga itu pernah menjenguk kepalanya menerusi tingkap di sebuah kediaman didiami pegawai..."
sumber: www.hmetro.com.my
Tak sangka zaman sekarang masih ada 'Lembaga'.
Seingat aku, dulu-dulu memang ada banyak lembaga.
Lembaga Letrik Negara, Lembaga Air...
Eh.. mungkin ada lagi la, Lembaga Zakat , Lembaga Air Selangor...
Atau, lembaga yang diberitakan itu adalah sebenarnya Ayu Jannah???
Sejak bila Ayu Jannah boleh terbang ni...
.
11 comments:
iye ke.tak tau pulak
laaaa... ayu jannah tu hantu ke pulak...?
pening.
tak paham aku...
.
abang polis kat betong tu mesti hensem² kan!
dia nak bayar saman kot?
tak lama nanti man lilau dan camar muncul pula
Apasal LEMBAGA mesti rambut panjang?
.
.
.
Lembaga rambut punk tak der ker?
kau jangan cakap pasal lembaga ni.. cikgu aku kena kacau dengan makhluk halus. Ciss.... Malas la nak cerita. Kang kau tak leh tido pulak.
Syazman,
betul.... tak caya tanya pak aji... hahaha
TM,
Aku pun pening gak nih... harap2 dia tak sampai jadi hantu la kut.
KOG,
Kesitu pulak ko punya pandangan.. tapi kan, abang2 & kakak2 polis memenag segak. Badan sasa... aauuww!
endiem,
Hahaha... sebab lembaga tu terbang lebih speed limit... saman ekor la tu...
Azani,
aku cuba disiplinkan diri aku untuk tidak babitkan man lilau dn camar hitam dalam insiden lembaga nih... hahaha
Ashley,
sebab... tak ada tukang gunting yg sanggup nak bega rambut berpesyen... panjang la rambut dia.. hahaa
Kakpah,
Ok.. akak bukak cerita malam jemahat nanti... biar terketar2 dia org baca yasin.. hahaha
hantu kak Limah balik rumah lah tuh... cer citer cer citer...
seram nyer...
SMM,
tunggu malamjemahat la kak... hahaa
hairul,
kat putrajaya laaagiii banyak....
Post a Comment