Friday, June 10, 2011

..diantara aku, kakak cleaner dan seekor setan

.

Aneh, petang-petang Jumaat begini pejabat aku boleh gelap dan berkunci. Ini mesti kes cuti sekolah sampai dipenghujungnya. Ramai yang ambil cuti separuh hari agaknya.


Aku ambil kesempatan daripada pejabat yang lengang ini untuk aku pasang lagu kuat sikit. Aku tak perlu pakai earphone sampai 2-3 jam, sampai merah kuping aku, sampai mendidih gegendang aku.


Kemudian, daun pintu pejabat itu dikuak dengan perlahan-lahan, dengan berhati-hati. Terjegul kakak cleaner tersipu-sipu malu, takut-takut.


Mana semua orang ? tanyadia. Aku kata, bercuti agaknya.


Ironinya, seorang kakak cleaner dari seberang pun tertanya-tanya, kenapa pejabat yang biasanya dipenuhi oleh jantan-jantan ganteng dan primadona-primadona tetapi hari itu lengang.



Kakak memang selalu masuk dan kemas pagi petang siang malam ? tanya aku. Tengok jugalah, kalau tak ada orang saya tak masuk, jawabnya jujur.



Aku pergi ke pantri. Aku isikan secawan air panas dan aku masukkan uncang teh Boh. Bila aku lihat macam terlalu pekat dan tak mahu sembelit, aku pegi ke pantri semula. Aku ambil secawan lagi air kosong panas lalu aku pindahkan uncang teh tadi ke dalamnya. Sekarang, aku ada 2 cawan teh kosong tanpa susu, tanpa gula.


Memang sifat semulajadi agaknya, ada terdetik nak tawarkan secawan teh kepada kakak cleaner. Bila aku fikirkan balik, kami berdua dan kalaulah kami minum air teh bersama, nampak janggal. Aku batalkan niat aku dan aku minum kedua-dua teh itu.


Ironinya, adakah aku akan sembelit esok pagi?







.

18 comments:

Fadhilah Maarif said...

mungkin ye dan mungkin tidak..atau pun malam ni perut akan jadi kembung. hehe..

sindiketsulit said...

jawapannya;
tak pasti.

kita tunggu esok pagi (:

tasekM said...

makan prune.
kontra balik teh tu.


.

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
Jangan gastrik udah le... esok nak ikut rombongan pengantin nih....



Ros,
kalau gitu, aku kena standby julap la malam ni...

Nizam.Ariff said...

TM,
alaaa... semalam dah nampak prune tapi tak beli... Nampaknya Tuhan dah bagi 'hint' semalam untuk takdir aku hari ini, tapi aku kurang peka gamaknya....

tasekM said...

aku smlm makan prune.
nari dah kreok2 perut.
dah nk ke toilet je pulak.
heh.


.

secangkir madu merah said...

aku, dia dan teh boh...

Nizam.Ariff said...

TM,
kreok kreok tu dia nak lagi prune tu... cepat beli..


SMM,
....eeeuuuyoooo.. tak sanggup kak.
Tapi, kalau dia dah tamat latihan kat kelab tu... hmm... tak mao la.. hahaha

aza ni said...

aku ingat kau terkena badi tasek,dia pun bunuh setan,hi hi hi,

Nizam.Ariff said...

Azani,
terkena badi dia? 7 kali mandi bunga la jawabnya....

Granny Hani said...

hehehe,,ayat yang akhir tu punchline yg bagus..kalah maharaja lawak!

Nizam.Ariff said...

Hani,
hahaha.... aku selamat melabur pagi ni... uweekk!

Lily Abdullah said...

Hari Jumaat lepas tinggal aku dan abg jaga sahaja.

Aku lari ke pejabat sekolah.

Tinggal aku adik kerani kewangan.

Tka mengapa, pengetua ada.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Ngeri tu kak... kena pulak dah senja-senja, setan banyak...

hazeleyed lady said...

...hahaahaa!
Akak suka...

Nizam.Ariff said...

hazeleyed lady,
takut kena tangkap basahlah kak... hahaha

sepa said...

cawan2nya udah dicuci pak...?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
dia tak sampai kontrak cuci cawan...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com