Friday, June 3, 2011

Nikmat Jumaat : - nikmat sujud

.






Kasihan lelaki ini yang hanya bersujud dari atas kerusi.


Kadang-kadang bila aku terlihat orang-orang yang begini, terdetik dalam hati aku betapa bertuahnya aku mampu gerakkan tulang empat kerat dengan bebas dan tanpa uzur. Terdetik juga betapa aku patut berbuat sesuatu sebelum sesuatu itu tak dapat lagi aku buat.


Alangkah nikmatnya dapat bersujud di atas sejadah dengan dahi yang mencecah rendah, serendah-rendahnya. Dahi yang selalunya bangga di atas kini sama paras dengan tapak kaki. Dan ketika itulah dikatakan saat-saat paling hampir seorang hamba dengan Penciptanya. Bisikan cinta kepada yang dicintai begitu indah apabila diakui akan kehambaan itu.


Aku tak kata lelaki itu berjauhan dengan Tuhannya. Mungkin dia lebih hampir kepada Tuhannya daripada aku jika dia redha dan ikhlas menerima dugaan Tuhan itu.


Cuma aku ingin katakan, bersujudlah sementara tulang empat kerat ini mampu digerakkan secara mudah untuk bersujud. Jika dah tak boleh, kerinduan untuk bersujud adalah seperti seorang yang sedang bercinta dan berjauhan dengan kekasihnya. Sakitnya rindu.






.

12 comments:

Fadhilah Maarif said...

dah lama tak bercinta, tak ingat dah rasanya rindu itu bagaimana..

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
Cinta kalau dah sebati dengan jiwa, rindu payah nak dirasa...

Linda said...

Pergila berubat cepat weh...

Nanti nikmat sujud ko ditarikbalik barula nak kata, "kalaulah hari tu aku..."

ibundo said...

kawan kitorang balik dari haji musim lepas tak semena-mena masuk sepital sebab kaki gatal. terus merebak sampai kena potong kaki hingga paras lutut.
Akak baca n3 ko, terus teringatkan dia.

tasekM said...

betul la tu.
sakit.



.

Nizam.Ariff said...

BK,
Ubat jiwa payah nak cari weh... ubat tangan boleh lagi cari... errr.. tolong carikan?


Kakpah,
Semoga dia redha dan ikhlas menerima ketentuannya...



TM,
Sakit ek? ... hik hik hik..

SHIMI said...

bro,
moga kita terus diberi limpahan rahmat dari-Nya untuk diberi kenikmatan bersujud itu

aza ni said...

assalam zam
syukur pada Tuhan yang masih mengurniakan kita nikmat qiyam, takbir, rukuk',i'tidal,sujud, duduk antara sujud, tahyat, serta salam, dalam apa jua bentuk, fizikal, isyarat dan juga niat, bila mana semua anggota tidak berfungsi lagi....

sepa said...

salam dino...

ckLah @xiiinam said...

...dah baca dulu. Tapi, saja lambat nak bagi koen. Segan kalau orag baca.




Nak komen apa hah?

Hilang kata-kata, kerana sejak ditimpa kemalangan ketika Nuha berusia tepat 7 hari....beginilah abah Nuha bersolat, setelah sebatang implan 12 panjang menduduki tulang keringya, kepala lututna dibuang dan diganti dengan tulang pinggul yang dipotong.

10 tahun sudah.....berkeadaan 'keilatan kekal' begitu. Atau kata lain....OKUlah...Wang pampasan yang diterma yang diterima setelah 3 tahun turun naik mahkamah, tak mampu untuk membantu memulihkan kakinya seperti dulu.

:D

ckLah @xiiinam said...

Banyak salah eja...keyboard banyak habuk...hehe

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Sama-sama kita doa untuk kita semua... Amin.


Azani,
Kadang2 ramai yang menganggap sujud sebagai satu suruhan, tak ramai yang menganggapnya sebagai nikmat...


Sepa,
Assalam Sepa... apa pasal tune aku hari jumaat lain sikit ek?... hahaha


Cklah,
Panjang tuuu... adeh. Aku terasa ngilu pulak dah.


Dah siap tengok-tengok esei tu kah? Kalau dah siap, cepat ambik vacuum cleaner... sedut habuk2 tu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com