Monday, June 13, 2011

OMG ! Panas... panas.....!

.

Biasanya kalau aku makan di restoran itu, aku akan makan ini sebagai 'pencuci' mulut. Sebelum itu, kenapa orang terjemahkan menjadi 'pencuci mulut' ? Tak ada cuci mana pun...








Dia punya tapai pulut memang kaw! Siap berbalut dengan daun getah 3 serangkai. Aku pernah bertelagah dengan seorang jantan di pejabat yang sama tentang tapai ini. Aku kata itu daun getah tapi dia kata itu bukan kerana mana nak cari pokok getah celah-celah bandar S.Alam dan USJ? Sudahnya, aku panggil towkeh restoran dan dia kata itu memang daun getah.


Aku masih musykil pasal tapai dan air tapai walau pun dah diberitahu berkali-kali ianya boleh dimakan. Halal.


Cuba bayangkan, tapai itu dinamakan tapai kerana karbohidrat yang telah dimasak dari pulut atau ubi itu telah menjalani proses penapaian. Proses penapaian dengan ragi, sejenis kulat yang menukarkan karbohidrat kepada gula ringkas.


Takkan tak ada alkohol yang terhasil sebagai produk sampingan? Proses penapaian aerobik dan anaerobik ada perbezaannya. Biasanya anaerobik (tanpa oksigen atau bekas ditutup rapat) akan menghasilkan sedikit alkohol.


Kenapa bila tapai dimakan banyak akan memanaskan badan sedangkan kalau minum air gula atau glukos banyak pun badan tak panas macam tu? Adakah ianya tenaga dari gula ringkas atau alkohol yang terhasil?




Tapi, tapai balut daun getah 3 serangkai tu OMG!  Memang kaw..!








.

10 comments:

sindiketsulit said...

oh em ji!
mana nak cari malam-malam nih?
sedapnya..
jahatnya kamu!

ibundo said...

tapai masukkan dalam gelas, taruk air sikit, pastu taruk air batu. cubalah....

Nizam.Ariff said...

Ros,
Cepat cariii...!
Kat 7-11 tak ade ke ?


Kakpah,
tak sabar dah kak.. ngap terus je. Sedap ye kak? nanti aku cuba ...

Ada gak tapai ubi yang dibalut tepung lepas tu di goreng. Sedap gak.

Cikgooden said...

dan dan jd teringin nak makan tapai...lama tak pekena rasa masam masam...

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
..weh, hang ngandung ka? hahaha..

Fadhilah Maarif said...

nampak sedap tapi saya tak suka tapai...

pst: cik hub kita dah bank ink kan duit racun...

tasekM said...

aku syak pun mmg ada alkohol la.
cuma tak sampai tahap yg memabukkan.

tapai pulut makan dgn ais krim vanilla pun menendang juga..



.

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
Ok.. terima kasih. dah abis baca?



TM,
kalau ikut standard Jakim, bawah 0.01% tak apa. Tang tapai tu, aku tak pasti lak berapa %.

Cikgooden said...

tak mengandung..tapi cuba untuk mengandungkan.....tgh gigih nih....

Tasek wei....tak pernah try pulak...ais krim dgn tapai...nak try tgk camna dia punya tendangan lae..hehehe

Nizam.Ariff said...

CIkgooden,
Akupun blom pernah makan tapai dgn aiskrim.
Kalau perut aku sakit.. memang aku pass kat hang sekeh pala tasek... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com