.
Akhirnya semalam aku dapat melegakan tapak kaki yang berbisa rasanya. Minggu lepas, emak tegur kaki nampak macam sembab sebelah. Bila emak cakap macam tu, terus aku teringat pasal 'water retention'.
Jadi semalam aku pun jalan2 di The Summit USJ kerana aku tahu di sana ada banyak tempat urut relfeksologi tetapi bukan di tingkat yang tinggi-tinggi kerana aku tak pasti refleks yang macam mana dia orang kasi. Aku syak jenis yang ' uh ah uh aargh.. OMG!... OMG!!!' punya refleksi.
Aku cuma masuk di kedai-kedai terbuka di tingkat-tingkat bawah yang aku jangka refleksinya lebih kurang ' adoi!... sialan! Sakit la..!'
Sifu tu kata, kaki aku sembab sebab aku jarang bersenam dan selalu duduk. Bila duduk, peredaran darah kurang lancar ke kaki menyebabkan air dan toksik pada kaki tak dapat diedarkan melalui darah ke buah pinggang untuk dikumuhkan.
Yang pastinya, aku bukan mengandung....
Pegang sikit, 'Adoi...!' jerit aku.
Pegang sikit, 'Sakit...!' jerit aku lagi.
'Sakit sikit-sikit itu biasa la, kawan....', kata Sifu.
Sifu palitkan lagi krim. Dia urut-urut, dia tolak-tolak, dia sentap-sentap.
Aku tak geli, aku rasa ngilu, ada juga rasa perit... 'OMG!...OMG!..', tapi ini versi sengal, bukan versi sedap yang macam di tingkat-tingkat atas sana tu.
.
16 comments:
akak mmg kalah bab berurut ni..pantang org tekan kuat sikit, menggadoi ngadoi...last2 angkat bendera putih,belum cukup pun sejam...untung la si pengurut tu..
taktik dia zam, dia cuit je kau aduh cuit ke kau aduh...kalau kau diam tunjukmacho,,dia kan keluarkan kayu macam drumstick plak...habis ditujal tunjal tapak kaki kau..selagi kau tak kejat, jerit, macam tak puashati diaorang ni..
Hani@debumelukut,
err... errr... akak tak boleh kena urut ek? hahaha... tapi jap, lepas bersalin tak urut le?
Azani,
ye ke? kalau gitu baik aku ngaku awal-awal lagi... takut pulak dia keluarkan 'kayu' dia nak tunjal aku...OMG! OMG!... hahaha
.
brader, lain kali mintak dia urut masa ko berkasut...
yg aku tak paham - katanya peredaran darah kurang lancar, patutnya di buh pam dan sambung kat salah satu arterivena darah... he3.
nasib baiklah kau mengadui je. Kalau aku, rengan je kaki ni menyepak tang muka dia kehkehkeh..
Sepa,
Salur darah bawah peha terjepit kalau duduk lama-lama, darah tak lancar, perkumuhan tak efisien.. itu teorinya. Kalau ko nak boh pam akuarium pum ok gak... auxilliary pump hahaha
Kakpah,
uik... tak bleh kak kalau gitu, dia nak tolong kita...kalau gitu, akak punya kaki ikat dulu baru boleh urut tapak kaki tu... hahaah
.
laki aku kata.
dulu.
aku tak pandai mengurut.
ni jam.
dah pandaiiiiiiiiii...
penat tau mengurut badan org jantan nih.
otot pesen keras.
penat aku.
.
Kalau dapat urut mengurut ni memang best.. bukannya sakit kan..sakit sakit sedap je... OMG!
TM,
Ko ada baca doa apa-apa tak masa ngurut tu? Orang kata, kena baca sikit2 sebab kalau tak sakit tu pindah kat tukang urut...
SMM,
Urut jarang ada yang sedap kak.
OMG! OMG!... hahahaha
OMG!OMG! yang tingkat tingkat kat atas tu pesen macamana, Niz?
.
.
.
Aku suka pergi Nuri Refleksologi kat MARA KL.
Ko pergi sana cuba try tanya yang nama WAK.
Boleh berlabun Jawa tuh.
.
.
.
tapi aku cari yang nama Hidayah jer.
Depa geng OKU..cacat penglihatan.
Ashley,
Aku ni cari jenis dekat-dekat rumah jer... terus dengan sifu Cina. dah tua tapi tangan keras kematu...OMG!
Terima kasih singgah ke rumah Pakcik Temuk.
Kot betul water retention, ubat doktor selalunya berkesan. Kot nak yg tradisional atau komplementari juga, baguslah urut tu. Agaknya, tapak kaki bolehkah dibekam?
Temuk,
Ubat ada doktor kasi haritu, yang asyik terkencing2 jer tu. Tapi hari tu berurut sebab nak kurangkan tegang di kaki... lenguh.
uuu.. syioknya urut kaki..
dah lama tingin nak pegi, tapi asyik rasa malu nak hulur kaki..
uhuk uhukk!
Ros,
ko penggeli jugak rupa-rupanya....
Post a Comment