Monday, July 4, 2011

Aku musykil, tolongin aku deh...

.

Dari minggu lepas lagi emak mertua dah telefon suruh balik. Durian dah luruh, katanya.

Dulu dia pernah kata, kalau musim buah tak ada orang balik, dia nak tebang je pokok-pokok tu, tanam sawit. Kalau berbuah pun anak-anak tak balik membazir je. Jadi kali ini, aku balik dan hadap durian sebakul.







Malamnya, badan mula panas. Petua hirup air di dalam pangsa durian tak menjadi. Kepala berdenyut-denyut. Waktu rukuk dan sujud adalah satu siksaan seperti kepala dihempap dengan batu.


Malam itu sebelum tidur, aku teringatkan cerita pembongkaran sains tentang kebaikan bersujud kepada otak manusia. Mungkin ramai yang pernah dengar tentang ini: ada satu kawasan di daerah otak yang jarang menerima darah yang cukup kecuali bersujud. Untuk versi yang terlebih-lebih, daerah itu tak pernah menerima darah kecuali ketika bersujud. Lantas apabila penemuan saintifik itu dibongkar, ramailah umat Islam gembira kerana sekali lagi sains menyetujui fitrah Islam.


Tapi sebelum itu, cuba jawab persoalan aku ini:

  • Setahu aku, darah membawa bekalan oksigen dan makanan untuk sel dalam badan, disamping membawa keluar bahan-bahan kumuhan. Kalau daerah otak yang tak menerima darah yang cukup, bukankah sel otak itu akan mati?

  • Dari subuh hingga zohor lebih kurang 7 jam. Jikalau seseorang itu tak melakukan solat dhuha atau solat sunat, bermakna sel otak terbabit tak menerima bekalan oksigen dan makanan?

  • Itu juga bermakna sepatutnya orang bukan Islam yang tak bersujud akan ramai yang mendapat kecacatan otak berbanding umat Islam yang bersujud. Sepatutnya ramailah cendekiawan Islam zaman sekarang ini?

  • Daerah otak yang mana satu yang sebenar-benarnya terbabit dengan cerita ini? Apa fungsi sel-sel otak di daerah terbabit? Ada bezakah antara orang bersujud dan orang yang tak pernah bersujud dari segi fungsi motor dan fikiran?

  • Ataukah ini sekadar propaganda untuk memperbodoh-bodohkan orang Islam?



Aku dah mula sangsi dengan cerita tersebut.


Dan sendawa aku masih berbau durian .. burrrpppp..!









.

12 comments:

ibundo said...

ceh.. sampai kat sini bau sedawa ko. takde tempoyak ke. baklah sini sebalang.
tentang persoalan ekau tu, ekau je lah yang pikir. Aku banyak benda lain nak pikir ni.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Tempoyak tengah diperam dalam perut, tu yang kembung perut dengan gas durian. Nak? nanti tunggu dia keluar secara alami.... hehehe

tasekM said...

aku syak mungkin bukan tak pernah terima darah la.
jarang2 tu mungkin ye.

org bukan islam.
walau tak sujud.
dia buat benda lain yg ada sikit2 nk gaya sujud.
misalnya... err.. lu pikirlah sendiri pakcik... ;)
tu yg darah sampai gak tu.
kot...




.

secangkir madu merah said...

baru semalam beli durian, sedapnyaa... sempat juga buat kuah durian makan dengan roti yg sangat marbeles.. selalu sgt musim durian ya? konpius akak..

soklan kau tu penat nak pk.. lu pk lah sendiri..

Linda said...

Err, aku pun terliur tengok durian tu je, terus lupa nak cari jawapan untuk persoalan ko itu.

Mungkin aku kena gi makan durian dulu baru boleh sel-sel otak berhubung...

ASH said...

tu la sapa suruh kedekut tak sedekah kat kawan kawan!
....kan dapat penyakit!

Nizam.Ariff said...

TM,
Ko mencarut ek tasek? hahaha.....



SMM,
Durian sekarang tak ada musim pun... semedang ada...


BK,
Takde nyer nak berhubung kalau dah panas makan durian...



Ashley,
Kalau dah sedap sangat, bini lalu kat belakang pun tak nampak kak.. hahaha

hairul392 said...

Fikir-fikirkanlah...
hehehe..

NM02 said...

antara fakta atau auta yg diusulkan, sendawa bau durian jugak yang sedap. hehehe

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
cepat fikirkan... hahaha


NM02,
sendawa durian bau macam tempoyak basi la... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Enggak bisa nolongin dong sih. Gue pun sedang penasaran....

Nizam.Ariff said...

CKlah,
...owh.. penasaran... ada lagu untuk itu.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com