Friday, July 1, 2011

Belakang ada baik ka, bai?

.


Kuda api aku memang jarang digunakan. Aku gunakan pun pada hujung minggu untuk ke kedai, juga setiap hari Jumaat untuk ke masjid. Selebihnya, dia tegak berdiri terperap di bawah teduh atap zink.


Oleh kerana ia jarang digunakan, perkara-perkara yang terkejut sering berlaku. Salah satunya, tayar kurang tekanan angin. Minggu lepas baru lepas pam, minggu ni dah kempis balik? Pelik. Ada orang curi angin yang sememangnya Tuhan beri percuma?


Tadi, sekembali dari masjid, aku singgah di stesyen minyak kerana aku dapati tayar depan kuda api aku kekurangan tekanan angin.


Maka terbongkok-bongkoklah aku menyucuk injap angin bertekanan tinggi itu pada palam tiub tayar depan. Seorang lelaki India bertubuh sasa sedang menunggu aku kerana dia juga mahu menambah tekanan angin tayar keretanya.


Setelah usai, aku suakan kepadanya. Dia seperti terkedu apabila aku suakan kepadanya. Dalam 3 saat juga dia terpaku tapi 3 saat itu amat aku perasan lebih-lebih lagi aku ramalkan dia akan terus ke keretanya.


Aku lemparkan senyum menawan kepadanya, menegurnya kerana dia masih terpaku.


" ... belakang OK ka? " tanyanya separa tak percaya.

"... belakang dah ok " jawab aku.


Dia tersenyum dan barulah dia pergi ke keretanya.



Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terfikir kembali soalan lelaki itu.


Belakang apa yang Ok? Tayar belakang atau 'belakang' aku yang OK?


Hish.... seram aku. Barai la bai! Tak payah telan julap. ... aauww! ngeri mak taw!


Lebih-lebih lagi aku ni agak  cute  juga orangnya...








.

20 comments:

aza ni said...

dapan pun ok maaaa....kalau kau jawab cam tu....bolehke, gamaknya nanti diapun terfikir fikir sambil tangan di dahi kala menanti lena....hi hi

tasekM said...

kiut eh..?

mintak nyawaaaaaaaaaa...
mintak nyawaaaaaaaaaa...

:p




.

Nizam.Ariff said...

Azani,
aku tak sanggup nak jolok sarang tabuan... senngatnya pedih sesangat... hahaha



TM,
eleeh... terimalah kenyataan... aku agak cute wooo....

hahaha

tasekM said...

aku nak bukti!!

:p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
nanti aku poskan... nak?

tasekM said...

tunjuk sekarang.
pos lambat


.

Nizam.Ariff said...

TM,
...aku takut karang ada yang tidur malam ni kepala atas dahi... termimpi-mimpi... aku terlalu cute sampaikan mimpi menjadi igau... julietlah katakan... hahaha

tasekM said...

takpe.
kalau kiut harus mimpi pun indah je.

hiks.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Baiklah kalau gitu... ko dah tengok Kungfu Panda 2?

Kalau belum cepat beli DVD cetak rompak. Lebih kurang camtu la...

tasekM said...

mcm panda eh?
ala comeinya tu...






.

Nizam.Ariff said...

TM,

Kan aku dah cakap ? kan aku dah cakap..? ko nak gak. hah... aku baru bagi perumpamaan ko dah kata comel... hik hik hik....

tasekM said...

tetiba plak kepala aku sakit...

:p




pehal lambat tidur wey...?
errr... bulih jd tempat sembang plak kotak komen ko nih.
heh.



.

Nizam.Ariff said...

TM,

ntah.... esok cuti kot... hahaha

tapi bateri aku dah nazak nih...3% jer. So, selamat malam.

tasekM said...

aku pun.
nk bobom dah nih...

night.




.

Nizam.Ariff said...

TM,
nih kalau tau dek Ros nih, berdesing telinga dibuatnya...

esok pagi-pagi aku buat 2 entri cepat2... nak cover.. hahaha

aza ni said...

korang cerita pasal siapa ni?
kungfu panda ? ke aku?




he he enterframe perasan sendiri...

Nizam.Ariff said...

Azani,

tentang ' Aku cute... Aku cute..'

tapi ada orang tak sanggup terima... hahaha

aza ni said...

err bukan jambu....apa pun tak boleh.....mL Jambu...


nak tuju lagu boleh?

aza ni said...

profil ko tu mengingatkan aku pada cabai di laman tasek?





or apakah itu anak pokok tunjuk langit????hi hi

Nizam.Ariff said...

Azani,
itu bumi hijau...

zainal kononnn.....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com