.
Gelora cerita 'Juliet' yang sering dilihat mundar-mandir di koridor tingkat rumah aku dan tingkat bawah rumah aku masih kuat. Anehnya, dalam banyak-banyak jiran tetangga Melayu, jiran India yang ceritakan tentang 'gangguan' itu kepada aku. [lihat entri sebelum ini]
Juliet semakin berani kini. Dia tak perlukan Malim untuk menjelma, atau mungkin dia fikir aku itulah Malim baginya? Alamak...
Dalam situasi runcing seperti ini, salah satu lampu diruang tamu yang rosak belum sempat aku perbaiki. Bukan salah aku tapi salah kedai yang jual lampu itu. Aku dah dipesan orang, jangan beli lampu yang guna electronic ballast sebab alat ganti payah nak dicari. Tapi aku percaya pada kedai lampu itu yang kata zaman sekarang menatang tu dah senang dicari.
Sekarang bila dah rosak, berpusing aku tanya kedai lampu tapi semuanya kata tak sama. Makanya, aku kena beli di kedai yang sama. Leceh! Silap-silap dia suruh aku beli lampu lain.
Masalahnya sekarang ruang tamu aku menjadi kelam, sesuai untuk Juliet bergentayangan. Waduh!!
Aku juga selalu berimaginasi kalau-kalaulah semasa aku di dalam perut lif tiba-tiba Juliet menjelma di sebelah, mana aku nak terjun? Kalau di dalam rumah bolehlah aku terjun ikut tingkap. Kalau di dalam lif? Meraung je la kuat-kuat sambil tutup mata....
Huuuwaaaaaaaa.....!!!! Sapa nak temankan aku naik lif ni?
.
5 comments:
sila naik tangga.
bulih juga nk berlari kalau takut.
.
TM,
Tangga? kat situlah cerita lara Juliet tu bermula.... nak tempah kubur? isk..sik...
oo.. ye ke.
ko pasrah je la.
buat kawan je la senang.
mcm ank aku.
haha.
.
ko penakut bang? aku berani. lepas ni komfem kak tasek admirer aku bang. hahaha!
TM,
nantikan Siri Berkawan Dengan Jin aku, kalau ada... hahaha
Addy,
ko berani ek? nanti ko mandi pun hantu tu intai camner? hahaha
Post a Comment