[ kisah ramadhan 10 ada di MM.... ]
Maka nafsu aku pun meronta-ronta semula sebaik sahaja kurma melepasi anak tekak. Bergegar-gegar pundak aku akibat rontaan nafsu aku itu. Dia minta itu, dia nak yang ini. Segala yang terlintas difikirannya akan diminta. Bingit kuping telinga aku dibuatnya.
Lalu aku pun hidupkan enjin kereta membelah dada malam yang masih muda. Aku letakkan nafsu aku ditempat duduk di sebelah. Aku ikat dia pejap-pejap dengan talipinggang keledar kerana aku tak mau didenda RM300 semata-mata kerana nafsu aku itu.
Ke kedai mamak. Itu biasa. Roti canai sekeping. Itu pun biasa.
" minum apa? ... teh ais, kopi ais, teh tarik, oren buah.... bla.. bla .. semua ada ". Orang itu cakap macam keretapi di Bagladesh, punya la laju. Aku terpegun seketika, kagum dengan keupayaannya.
" err... air kosong... " jawab aku ringkas.
" air kosong..? errr... "
Dia tak faham atau dia tak biasa orang makan roti canai dengan air kosong, salah satu sebab agaknya.
" wokey.... air kosong apa encik mahu..?
air kosong + teh ?
air kosong + kopi ?
air kosong + susu ?
air kosong + bla.. bla.. bla..?
semua ada ...."
" Grrrrrr........... woof.. woof.. wooooffff ! Grrr..... "
.
14 comments:
masih melayan perut, ke bang?.
cikgooden,
masih melayan nafsu untuk lebih tepat....
perut dah surrender awal-awal lagi.... hahaha
ini macam punya loyar buruk, lain kali lu oder nasi lemak + telur mata kerbau jantan....
baru terkial-kial dia nak cari..
kahkahkah...
kecik besor kecik besor je ko tengok bangla tu, kan..?
hr tu aku mkn kt tasik ayer keroh.
satu brader ni ni order.
air tasik satu....
air tasik = air kosong.
kalau mkn dekat2 masjid lak.
deme mintak air sembahyang.
air sembahyang = air kosong.
haha.
.
cakap je teh tarik takmo teh tamo gula takmo susu~
air tasik & air sembahyang? tas ni duduk planet mana, aa?
Jeb,
nak kena sunat lagi bangla tu... biasa dia...
TM,
kalau kat taman bunga? order air liur je la.. ek? hahahaa
GB,
aku malas nak cakap banyak. mulut penat berzikir... hahaha
KOG,
Ada kalanya, tasekM memang boleh dengar benda-benda yang pelik-pelik walau kedudukannya berbatu-batu jauhnya. anugerah....
len kali order air kosong kurang manis satu eh!
BK,
itu aku blm pernah buat....
nanti aku buat.
cer minta air suam suam kuku
mau dicelup kuku dia dalam gelas...
brother tu order air tasek...
mulalah nak nyakat....tak jadi....
Azani,
aku tak nak spekulasi.. hahaha
i like. indahnya bahasa
Sepa,
sekali sekala...
Post a Comment