Wednesday, August 17, 2011

Kisah sebutir bahulu dan sebuku lemang di petang ramadhan

.
 [ kisah ramadhan 9 ada di MM..... ]






Hari ini cuti. Seperti biasa, bila cuti, pagi aku biasanya bermula pada tengahari dan tengahari aku bermula pada pukul 3pm. Itu biasa.


Oleh kerana hari ini hari cuti, langkah aku panjang sedikit daripada hari-hari biasa. Hajat di hati nak lihat orang ramai membuat persiapan untuk Hari Raya, sambil-sambil itu aku mencari 2 jenis juadah ini untuk berbuka petang nanti: Bahulu dan Lemang.


Maka, aku pun turunkan nafsu dari pundak dan aku lemparkan dia ke tengah-tengah ini:






Sungguh ligat dia berlari. Kejap-kejap dia panjat batang buruk, kejap-kejap dia panjat kuih siput. Habis semuanya dipijak-pijak. Dia memang nakal. Maklumlah, budak kecil. Ada beberapa gerai yang ada jual Bahulu tetapi satu pun tak berkenan dihatinya.


Di salah satu gerai yang menjual bahulu, dia pun bertanya tentang bahulu kampung.

" Ini semua bahulu kampung la, resepi kampung turun temurun..." kata kakak itu.


Kakak itu tak faham maksud dia. Dia mahukan bahulu kampung yang bukan sahaja resepi kampung tetapi PROSES PEMBUATANNYA pun turut secara kampung. Dia pun tanya kakak itu, adunan itu dipukul guna tangan atau mesin? Bahulu itu dibakar guna oven atau sabut berbara.


" mana ada orang buat macam tu dah, semua pakai mesin... pakai oven.." jawab kakak itu.

" Owh... itu bukan bahulu kampung yang aku cari... " balasnya ringkas.




Kemudian, nafsu aku yang nakal itu pun tercium bau Rendang dan Serunding yang wangi di kala puasa ini. Cepat-cepat dia kayuhkan kakinya menuju ke gerai yang menjual lemang, ketupat palas dan rendang. Ada 2 jenis rendang. Dia suka rendang daging. Lalu dia pun pilih sebungkus lemang, beberapa biji ketupat daun palas dan sebungkus rendang tok.


Ketika aku hulurkan duit kepada kakak muda itu, dia sempat bertanya, benar semua rendang dan ketupat itu kakak dan pembantu-pembantunya yang buat? Maklumlah, nampak masih muda belia semuanya sedangkan resepi itu adalah resepi orang kampung dan orang bandar seperti kakak-kakak muda itu mana tahu nak buat. Samalah kesnya dengan bahulu kampung tadi.



" .... betul. kami yang masak rendang ni..." kata kakak itu sungguh-sungguh sambil mengira-ngira duit baki sebelum dia serahkan kepada aku.


" ... nak tipu ek? Dah sah-sah rendang tu Tok kamu yang buat.... ada tulis kat situ"



Tetiba kakak muda itu buat muka nak makan aku. Cepat-cepat aku tangkap nafsu dan aku sangkutnya semula pada pundak aku sebelum aku hilang dalam celah-celah orang ramai...







.

23 comments:

jeb said...

nafsu yang terakhir tu nafsu apa?

Nizam.Ariff said...

Jeb,
nafsu jenis yang suka buat orang marah... amarah kut. hahaha

hairul392 said...

bestnyer ketupat...

aza ni said...

rendang tok???

Nizam.Ariff said...

Dak Ai,
ketupat palas tu ketat sangat la... pulut tak kembang abis, keras...




Azani,
Ye, rendang tok. Ada tulis kat tepi periuk tu 'rendang Tok'..

kucingorengemok said...

lain kali baulu orda saja... dari melaka

tasekM said...

kog,
dia nk yg keras macam batu.
mana aku nk cari serbuk batu...?

:p



.

Nizam.Ariff said...

KOG,
dah interview supplier tu.... dia godak tak pakai spring...hahaha



TM,
weh.. bahulu kampung tu kalau dimakan seketul kenyangnya sampai ke petang tau... pastu guna telur itik pulak tu.. pergghh.. hanyirnyer....

Linda said...

alamak!

aku tak beli bahulu lagi tahun ni, tak lengkap la raya...

TM, tolong buat bleh? tapi nk yang sabut berbara (demand le plak)

rendang Tok tu Tok Laki atau Tok Wan?

ehehe

Nizam.Ariff said...

BK,
jom kita set kan standard baulu kampung... telur itik, godak pakai tangan guna spring, bakar pakai api sabut berbara dalam takung acuan getah...

tasekM said...

nizam...
ko buat dulu la aku nk tgk seksa tak seksa nk menggodak guna spring tu...

jgn cerita bakor guna bara dulu la...

:)




.

Nizam.Ariff said...

TM,
spring tu ikat tang kaki itik suh berenang...

kalau guna spring, ceritanya ialah dia cuma masukkan udara 10% (contoh). kalau guna mesin kadang2 sampai buih putih... udara 40% (contoh). Tu sebab baulultu spongy.

cuba ko pukul guna mesin tapi ala-ala kadar jer... agak-agak macam mesin pemalas gitew... make sure teksturnya sama macam guna spring. jangan terlebih atau terkurang... itulah kualitinya... tapi sebelum tu kena la ingat camana tekstur original (warna, hue, biasan, gelembung udara)... paling senang, kira berat secawan. kalau ringan sangat daripada yng original, maknanya banyak angin la tu. kena biar sama...

tasekM said...

cer ko buat dulu...
ajor kat aku...

aku tak reti la.
sumpah.
bahulu aku adalah sgt spongy.
ke ko nk suruh aku buat bahulu bantat?


.

Nizam.Ariff said...

TM,
bantat.. ko carut bulan-bulan pose nih ek?


mungkin juga baulu 'bantat' (ish.... seram aku nak taipnya, takut tersilap abjad)...

tasekM said...

bantat ye...
bantat.

jari sila kasi disiplin!

:p



.

Nizam.Ariff said...

TM,
jari aku ni disiplin, tapi fikiran aku ni yg nakal...

secangkir madu merah said...

betul juga kata tm tu.. apakata kau sahut saja cabaran buat bahulu cara yg kau mahu Nizam.. godak dgn spring guna tangan..

takut2 bila raya nanti nak hulur tangan nak bersalam org pun dah tak larat hahahahha... itu penangan menggodak spring utk dapatkan bahulu cara kampung...

Temuk said...

As-Salam AKU
Arwah emak Pak Temuk dulu selalu buat 1 tin besar khas, bahulu kampung tulen yg tahan berbulan. Resipinya, lebihkan gula. Bahulu sekarang, cepat siap, banyak tepungnya, kurang 'kaw' rasanya, dan cepat jamuren!

Nizam.Ariff said...

SMM,
nantilah aku buat barang 4 biji telur... hahaha


Temuk,
Betul tu bang!!! That's my point. Apabila bahulu dikaitkan dengan hari raya, ia akan kembalikan tradisi. Dan memang, 'jamur' suka sangat naik tak sampai seminggu...

Teacher Ereen said...

hamboi bnayk bebno ragam nye..
nak makan bahulu kampung..
pembuatan nye cam dulu2..
sempot nak membuatnye...
mengepok 1 hal...
membako 1 hal...


semputttt.........

sepa said...

aku sesangat setuju.
1.) bahulu untuk raya mestilah nostalgik.
2.) bahulu untuk raya mestilah mengekalkan tradisi dan keaslian.
3.) bahulu tekno > tuk layan blues jeh.

tapi, part last tuh. aku agak, nafsu ko tuh ada miang sket... kihkihkih...

ckLah @xiiinam said...

Bila nak balik kampung ni? ckLah tunggu dengan parang di permatang....








.....kita cari buluh lemang!

Nizam.Ariff said...

ereen,
betul la... kena la nostalgik sikit. abis tu kenapa ramai yang nak pakai baju melayu dan baju kurung masa beraya? pakai je la baju pagoda... (aku pernah semayang raya pakai baju pagoda .. hahaha)




Sepa,
yo bro... layan blues kat simpang jalan main gitar kat Taman Maju... hahaha




Cklah,
ahh... aku tak caya cikgu nak ajak cari buluh lemang! Ni mesti nak cucuk aku guna buluh lemang buat satay.... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com