Aku ingat lagi. 6 tahun lepas aku ambil 8 batang benih pokok Naga Merah ini di Tg Malim, Perak. Kini, selepas beberapa tahun, ada 6 tiang pokok Naga Merah yang besar-besar.
Satu masa dulu, buah naga merah ini merupakan buah yang premium berbanding dengan buah naga putih.
Dengan jagaan yang minimum dan musuh yang boleh dikatakan cuma 'kera berkepala hitam' yakni manusia, buah naga merah adalah pokok yang senang untuk dijaga. Mungkin yang payahnya ialah menjaga bunganya sehinga ia berjaya berputik. Bunganya selalu tak menjadi dan gugur ke bumi. Kebanyakannya disebabkan cuaca.
Khasiatnya?.. google sendiri.
Bulan puasa ini, salah satu buah naga merah itu amat besar. Merekah. Merah menyala macam mata naga api di tasik selatan.
bandingkan dgn daun keladi... |
Dan rasanya... hmmmm... semestinya lazat!
Ok, aku makan selepas berbuka puasa.
.
8 comments:
buah yg paling aku minat.
paling suka yg dalam dia kaler purple tu.
terbaek.
hr tu dh teringin sgt.
aku beli je yg isi putih.
tapi kurang menendang la.
jadi la.
drpd tak dpt termimpi2.
nagaaaaa...
nagaaaaa...
.
salam
makan pas berbuka ok..jangan sebelum berbuka =)
tahniah brader...
bukan senang nak kawinkan naga nih.
TM,
Aku pun minat yang purple/merah tu... berlemoih mulut dan tangan kena kaler dia... aku dah makan puas sangat-sangat dah.
Cheqna,
Assalam, air liur meleleh sejak belum berbuka lagi.. bis tu pokoknya kat sebelah dapur je...
Sepa,
ko pun tau, naga ni romen dia ganas sikit... kalau tak kena gayanya, mau rentung yang betina tu... nasib baik aku ada kayu tas ...
naga merah campur tunjuk langit.....marvelous kot......
Azani,
satu manis satu pahit, satu merah satu kuning.... aku tak pernah cuba, mana tau blender sekali jadi serbat.. hahaha
bukan calang-calang belaan ko ni bang.
nagaaaa..
Ros,
tau pun ko eh? amacam, nak berkawan dgn penjinak naga utara tak?
Post a Comment