Sunday, October 9, 2011

Salah satu entri yang panjang dalam blog aku....

.

Sedang aku godek-godek entri-entri lama, aku dapati bahawa dulu aku rajin tulis entri panjang-panjang. Sekarang dah pendek-pendek... mungkin umur pun semakin pendek.

Salah satu entrinya ialah tentang Cahaya. Inilah 'sedutan' dari entri itu. Oleh kerana hari ini hari Ahad, aku rasa kita ada lebih banyak masa untuk membaca.




Cahaya adalah gelombang. Ianya gelombang kerana ianya bergetar. Ianya bergetar seperti tali gitar yang dipetik oleh jari-jari mulus. Dan setiap zarah itu bergetar, termasuklah foton. Getarannya kerana tenaga yang ada pada zarah itu. Oleh kerana tenaga adalah kekuatan yang bersumber kepada Ketuhanan, zarah-zarah itu bergetar kerana takut atau berzikir kepada Penciptanya. Begitu juga zarah yang membina tubuh kita.





Cerita selanjutnya sila klik link ini.....





.

6 comments:

tasekM said...

aku nk tergelak baca balik komen aku kat n3 tu.
macam harem..

haha.


jap.
nk baca balik n3 ko tu...


.

ckLah @xiiinam said...

Panjang atau pendek entri orang tulis di blog dia, biarlah itu gaya dia. Kalau kita suka, kita baca. alau kita tak suka, kita tak baca. Jangan dikacau rumah tangga orang.


Blog ckLah pernah kena kata...macam-macam (di dalam dan di luar blog), entri panjanglah, panuh gambarlah, suka menunjuklah.... malah latar hitam bertulisan merah pun orang nak komen...siap buat entri untuk komen blog orang. Gigih...hahaha.

Bagi ckLah, yang penting, jaga 'pembawaan' kita di alam maya. Kalau kita sendiri terlebih 'ekspose' dan terlebih'gedik', dan kemudian ada yang kacau, sendiri mau ingatlah. Terutama yang isteri orang. Jangan 'birah' sangat!

Errrr...ini komen terpanjang pernah ckLah tulis, dalam musim-musim pendiam ni. Jangan marah ya!

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku pun gelihati tengok komen2 lama-lama tu... aku tertarik nak baca balik entri tu sebab aku dapati dulu aku 'rajin' nak susun ayat dan cerita bagi orang senang faham.

sekarang dah malas. pendek dan padat, lebih tepat dan senang.




Cklah,
di sana diam sebab ada org tgh blajar, tak boleh kacau... kita bising2 di sini...

Aku tak pulak periksa blog2 orang lain, mungkin ada juga yang kutuk blog aku agaknya... harap tak ada. baik kutuk terus di sini, senang sikit aku faham dan ubah apa yang patut... betul kan?

sepa said...

brader,
itu jam lu adalah Nizam.Ariff... skrg Aeron N...!... lebih kurang la dak. :)
tasekM pun sblmnya tasikmerah ... :p

aza ni said...

ron aku syak jengkal kau panjang, joran panjang...ntripun panjang...sekarang semua sama cuma, takda masa....

Nizam.Ariff said...

Sepa,
sebelum Nizam.Ariff sebenarnya Aeron N dah... memang itu yg asalnya... kan? Hahaha....



Azani,
masa tetap ada, cuma tumpuan aku teralih.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com