Sunday, October 9, 2011

Hari dimana aku perlu berlagak ' kool '.....

.

Inilah akibatnya kalau aku terlupa bawa beg pada hari SABTU.....



Lokasi: myBeeeennn.... Ayer Keroh



.... dan cashier itu enggan beri plastik kepada aku.



Lokasi: sama seperti diatas




Pedulikan. Daripada tangan aku beku kerana pegang frankfurter beku lama-lama, biarlah dia terhayun-hayun bebas. Biarlah dia terbuai-buai indah dilihat orang ramai. Aku perlu berlagak 'kool'.... ala-ala model sabun mandi gitew!


Tapi kan, bila difikir-fikirkan balik ada gunanya beg plastik.


Habis tu, aku nak bungkus sampah-sarap aku nak guna apa? Guna tali pisang untuk ikat tulang ikan, nasi basi, kulit bawang, tulang ayam.... ?


Sinki aku bukan ada pisau berputar yang boleh hancurkan sisa-sisa dapur lalu terus masuk ke pembentung.







.

13 comments:

tasekM said...

aku kan.
kalau tak de plastik.
aku akan guna troly.
campak je barang2 tu semua dlm troly.
lepas tu ko tolak je la troly tu ke hulu ke hilir.
nk tolak sampai kereta pun bulih...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
nak beli sikit jer... aku ingat bakul tu boleh bawak keluar.. rupa2nya kena tinggalkan kat dalam.... hmmm.... nasib.

ckLah @xiiinam said...

Itu pengorek telinga...jangan letak dekat-dekat daging kisar. Nanti cemar...


:D

Nizam.Ariff said...

Cklah,
penyedap masakan.... ganti belacan... hahaha

sepa said...

camner agaknya rupe itik gantung bila ko bawak camtuh...

sepa said...

len kali ko buat ikut cara TM...!
ko campak 29meter, kutip. campak lg 29meter, kutip. ulangbuat. sampai le kat keta... :p *komen yg saje nak api2kan TM...*

Tijah said...

sebab tu aku tak pegi beli brg hari sabtu. sabtu tak masak, makan luar. ahad baru beli brg utk seminggu.

tasekM said...

sepa,
aku campak dalam troli je ye...
tak sampai satu meter pun.
yg ko nk campak sampai 29meter tu pehal sepa..?

hehe.

:p




.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
kalau aku bawak itik gantung, aku libas ke bahu jer... hahaha


Tijah,
akunak beli barang sikit jer... tapi biasalah, kompulsif buying... alih-alih banyak gak yang dibeli...



TM,
kalau telur ayam ko tak le campak kan? ko letak elok2 dalam troley kan ?.... hahaha

sepa said...

mem,
untuk dino bab campak2 baling2 kena buh jarak jauh2 siap ngan precision... dia pernah jd juara lontar peluru tu... :)...
cam tak releven je apa yg aku ckp nih...! ish ish ish...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
... latihan campak buah kelapa berbaloi gayanya...

Homestay Teluk Intan said...

makin popular mak siti ni...igt kat penang je popular

Nizam.Ariff said...

Pojie,
first time jumpa mak siti ni bila kak siti buat masak kari ... what a coincidence... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com