.
Satu masa dulu, cahaya matahari masih nyaman, tak sepijar sekarang. Satu masa dulu, bulan dan bintang-bintang berkongsi sinar menyinari malam, tak semuram malam-malam sekarang. Satu masa dulu, gunung-ganang masih berkabus, tak semerah tanah-tanahnya yang kini terdedah.
Pada masa dulu itulah aku sering menebas lalang dan rumput di tebing tali air untuk mencari sedikit upah untuk tambang bas Tapah - Sungei Manik untuk ke Teluk Intan.
Pada masa itulah Teluk Intan masih bergelar Teluk Anson (baca: Teluk Ensen). Dan sebelum itu pula abang aku bercerita namanya Teluk Mak Intan.
Teluk Mak Intan ? Aku tak pernah tahu pun.
Ada. Kata abang aku, ada sebab kenapa namanya Teluk Mak Intan. Ceritanya lagi:
Satu waktu dahulu, lamaaaa.. dahulu Sungai Manik sering dilanda musibah akibat makar dicipta oleh seekor naga yang besar. Sesungut naga itu sahaja sangat besar, sebesar batang kelapa. Banyaklah orang mati kena baham, kalau tak rentung, angkara naga itu.
Banyaklah juga orang-orang yang bertaraf adiwira-adiwira yang kecundang di kuku naga itu.
Dan naga itu pula tinggalnya di dalam sebuah lubang yang dalam. Pelbagai ikhtiar dilakukan untuk membunuh naga itu tetapi masih gagal. Akhirnya, seorang wanita tua yang bertaraf Nenek Kebayan telah berkata, kalau tak boleh dibunuh naga itu, elok ditutup lubangnya agar tak boleh keluar lagi. Hendak ditutup dengan apa?
Dengan intan berlian. Itu pesan Nenek Kebayan. Maka, seorang saudagar yang kaya telah memberikan sebiji intan yang besar, yang bersaiz 'mak' besarnya. Lalu, orang pun meletakkan intan tersebut pada mulut lubang naga itu. Anehnya, intan itu membesar sehingga menutupi seluruh lubang naga itu.
Demi memastikan tiada siapa pun yang mencungkil intan itu, sebuah bangunan telah didirikan di atas lubang naga itu. Dan bangunan itu kini dikenali sebagai Menara Jam Tinggi (baca: Menara Condong Teluk Intan). Itulah sebabnya nama bandar itu Teluk Mak Intan.
Sejak itulah aku takut untuk jalan dekat dengan menara itu kerana takut naga itu keluar dan baham aku... sehinggalah baru-baru ini, aku naik ke atas.
.
14 comments:
errr..dongeng ke betul ni??
FadhilahM,
dah abang aku yang cerita, aku pun payah nak percaya... kakakaka...
cerita dongeng pun bulih buat ko takut eh...?
nnti la aku nk reka cerita dongeng nk bg ko takut.
:p
ni dah baik demam ke nih...?
.
TM,
Naga tu weh... besar tuuu... ko tak takut naga ke? hehehe
ron
kira mother of all diamond lah...
besar...besar...
hai
Azani,
konon-kononnya, sebab tu namanya teluk mak intan...
mungkin versi yang boleg digunadengar...
gabenor pertama ialah seorang wanita yang bernama Intan. oleh kerana dia baik sangat dgn orang ramai, org panggil dia mak intan je.. hahaha
nampak tak intan dari puncak menara tu?
jeb,
kat puncak tak nampak sebab intan kat bawah.
kat bawah pulak tak nampak sebab intan tu dah tak ada... hahaha
intan apa yg kau citer ni?
SMM,
Intan ku kesepian.... wings. hahaha
orang perak memang kuat berangan ek
brader, wa rasa lu kena mandi bunga di tengah padang bola tatkala bulan mengambang penuh... hahaha...
criter naga nih dlm fantasi org2 cina jeh la... org melayu criter pasal ayam dan cacing jeh... :p
KOG,
Aku ngadu kat Tasek karang .. haaa...
Sepa,
Melayu moden dah terasimilasi dgn budaya pelbagai kaum 1Malaysia...
mimpi/fantasi pun dah 1Malaysia... hahaha
Post a Comment