.
Tekak dah mula merenyam minta disental dengan berus dawai.
Serombong kembar dua sekarang ini cuma berfungsi sebelah.
Mata ada sikit pijar-pijar.
Kepala dah berat sebelah kanan, kejap-kejap sebelah kiri, ikut teleng belah mana.
Leher dah mula kembang kuncup... kejap panas kejap sejuk.
Alhamdulillah, semoga luntur sedikit dosa-dosa-dosa-dosa-dosa....aku.
Kepada rakan-rakan semua, aku minta maaf atas segala salah dan silap, maklumlah, gurau aku ini jenis bersenda.
Kadang-kadang persenda tanpa sengaja.
Kadang-kadang bersahaja tapi berbara.
Sesungguhnya aku berterima kasih kerana sempat mengenali kalian.
Assalamualaikum.
Selamat malam semua.
Semoga tidur aku bukan tidur yang abadi, buat kali ini...
Jom tidur... Allahumma bismika ahya wa amut.
.
11 comments:
makan ubat.
tidur.
rehat.
moga cepat sembuh.
.
TM,
ubat pahit.....
kalau manis bukan ubat.
tu cekelat.
pi tidur...
:)
.
tah. dalam nak tido pun sempat reply komen lagi. ish dia ni!
masa TM joging 11 pusingan ko gelak. beralih paksi bumi konon...! :P
cube ko guna psyco power... fantasikan ko sihat segar bugar... dak saintis kata cara tuh boleh induce body enzime utk cure naturally...
... aku cakap cam nih, kang aku pulak yg kena... apa2 hal, sori barader...
dah dekat pukul sembilan kau tak jawab-jawab ni. Takkan tido terus kot..
semoga cepat sembuh =)
Ron,
bangun nak....
bangun....
silap...dek bangun dek....
sama² maaf... hehe :)
TM,
cekelat hacks tu kira ok tak?
GB,
handphone tak demam.. bulih guna lagi hahaha
Sepa,
aku cuba induce seratonin... tak bleh la.... tapi aku dah ok pagi nih...
Kakpah,
Ada nih.... pagi2 lagi dah ada meeting.. pastu interview org... ni baru bukak laptop...
Azani,
dah bangun.... lama dah.. hahahaa
KOG,
Ko pun dah OK ke..?
Post a Comment