.
Aku seluk hati gunung batu itu melalui liang gua yang gelap dan hitam. Maka aku tau bagaimanakah sejuk perasaannya. Gua-gua yang separuh air dan separuh angin, seperti kisah-kisah lanun, hanya boleh dimasuki pada masa-masa tertentu.
Dan di dalamnya, aku terdengar suara azan yang bergema. Ada sepasang pelancong Arab sedang menikmati kesejukkan gua, lalu dia mengalunkan azan dengan kuat. Beroleng bot aku.
Dan laluan ke gua itu bukanlah laluan yang mudah. Ngarai yang sempit dan ngeri (batu-batu pejal sebesar penumbuk boleh bergolek jatuh ke atas kepala). Nampak garisan paras air pada dinding ngarai? Itulah paras air ketika pasang penuh.
Dan gua bawah air itu hanya boleh dimasuki ketika air surut seperti itu sahaja. Dan perlu keluar dari gua itu sebelum air pasang semula. Jika tidak, aku akan timbul di balik gunung sana dalam keadaan kembong, busuk dan perut yang pecah-pecah dimamah ketam dan ikan buntal. Manakala daging muka telah lerai dimakan garam dan muka aku hanya tinggal tulang pipi, geraham dan gigi yang memutih. Mata ? Sudah tentu hilang dimakan Aruan Tasik.
.
10 comments:
uiks...jadi baiklah kuar sebelum air pasang...
cheqna,
kalau tak.... mampos lemas... hahaha
zam
ikhlas cakap, blog kau ni sesuai sangat buat bahan teks sukatan pelajaran bahasa melayu...
amat sedap di mata dan telinga....
Azani,
kalau blog aku jadi buku teks, kaya aku dgn royalty berjuta-juta gamaknya... kakaka
ngarai tu apa hah?
.
TM,
entah...
ngarai tu bukan jurang yang bawahnya ada air mengalir? macam Grand Canyon tu? hahaha
ni kat langkawi kan, brader.?
ada ambik gambo kera...?!
Sepa,
langkawi ada kera ka? kalau ada, mesti dia berenang dari tanah besar...
skeri~
GB,
skeri tapi eksaited tau... hahaha
Post a Comment