Thursday, November 10, 2011

Secangkir Cereal Cokelat Sejuk...

.


Pagi ini.

Aku lihat ada secangkir cereal cokelat yang masih ada separuh di dalamnya.

Cereal cokelat yang dah sejuk dan dah kembang, peninggalan Ariff yang ke sekolah, tergesa-gesa sangat dia hari ini.

Aku bawa cangkir itu ke dapur, ke sinki.

Aku berkira-kira mahu tuangkan sahaja ke dalam sinki, lalu aku mahu basuh cangkir itu.

Kemudian aku terfikir, nanti aku terpaksa kaup saki-baki cereal kembang dengan tangan.

Itu sesuatu yang aku 'geli' nak buat., lebih-lebih lagi teksturnya yang dah lembik, sejuk dan macam muntah Jin Air yang Makan Ikan di dalam Lukah.




Aku timbang-timbang semula... akhirnya aku kembangkan tekak dan aku telan cereal cokelat sejuk dan kembang itu dalam 2 teguk..

Daripada geli melihatnya di dalam sinki, baik aku 'buang' ke dalam perut aku.

Mudah.

Lagi pun, petang-petang karang aku buanglah ke dalam tandas pula, tanpa perlu aku kaup cereal cokelat yang sejuk dan kembang itu.







.

10 comments:

cheqna said...

hahahahaaha
ada jugak macam gini..

tasekM said...

aku lagi tak sanggup nak masukkan ke tegak.

ye.
aku org kampung yg bila tgk anak aku makan oat, aku pulak yg rasa nak menitik air mata.

haha.



.

kucingorengemok said...

ingatkan nak campak kasi burung makan

Nizam.Ariff said...

Cheqna,
Adaa...... hahahaa



TM,
ko banyak sangat fikir, tu yang sampai terasa-rasa tekak tu... kakaka



KOG,
burung gagak adalah.. kat sini mana ada burung merpati lepas bebas.

aza ni said...

yg terbaik...elakkan pembaziran....hi hi..

Nizam.Ariff said...

Azani,
dalam isu ketirisan makanan sekarang ini, membazirkan makanan adalah sesuatu yang tidak beretika.

Tijah said...

woiiiiiiiiiii geli aaaaa.

hahahahah...

Nizam.Ariff said...

Tijah,
alaaa..... telan la cepat-cepat... kakaka

sepa said...

aku syak ko dah jadi Badang. cuba ko cabut pokok tepi jln, test power...! hahaha...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
sakit perut adalah....
aku mual setengah hari bila teringat balik cereal sejuk yang dah kembang berlendir.. kakaka

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com