.
Cuba lihat sesuatu yang tiada di sana, mungkin aku akan temui sesuatu yang ada di sana yang selama ini aku tak pernah nampak ke'ada'annya.
Dua 'musuh' yang hidup pada pokok yang sama cuma berlainan tempat. Satu di kelopak sana dan satu lagi di balik daun sini.
Kenapa tak bertindak? Agak lama juga aku tunggu tapi tak berlaku apa-apa.
Strategi apa yang difikirkan oleh penyengat itu agaknya? Mungkin dia berfikir begini: -
" kalau aku bunuh 'musuh' yang terakhir itu, apa lagi yang tinggal untuk aku selepas itu ? Jika tujuan hidup aku telah tercapai, apa lagi yang patut aku buat selain aku turut mati ? "
Sungguh ironi hidup dia.
Membunuh musuhnya yang terakhir juga bermaksud membunuh dirinya sendiri.
.
8 comments:
jadi....
tak yah bunuh..boleh??
sila jgn mati dulu.
ko kan musuh aku...?
:p
.
cheqna,
tapi tujuan dia ialah membunuh.. mesti kena bunuh... tapi dia juga akan mati....
TM,
kalau ko nak hidup, ko pun jangan bunuh aku... walau kita musuh ketat sendat.
Kalau cuba berbaik baik tak leh? dari cuba berbunuhan tu mana tau musuh itu lah yg paling memahami kita..sayangi musuh anda!
kesimpulannya :
bunga membunuh. atau stadium laga.
tempat hero dan penjahat bertemu gaduhbunuh...
oh... bunga raya. bunga kebangsaan...
:)
saya tak peduli. yang saya tahu, gambar itu sangat cantik!!!!!
ye, saya akan panjat gunung: jawapan kepada pertanyaan awak..
satu malaysia......
Hani,
bring your friend close but your enemy closer...
Sepa,
demi menegakkan negara bangsa, musuh pun sanggup tak berbunuhan...
FadhilahM,
cantik tapi itu medan pertempuran sebenarnya...
hati2 panjat gunung.... licin.
Azani,
versi kecil...
Post a Comment