Sunday, November 6, 2011

Umpan ketidakpercayaan masih lagi digunakan....

.

Salah satu taktik yang pernah aku tahu. Mengetahui keletah pengguna dan psikologinya, dan gunakannya untuk keuntungan.


Satu pengeluar 'serbuk penambah perasa botol goncang' makanan mahu menambah jualannya. Salah satu ideanya ialah menambahkan jumlah lubang pada botol perasanya. Idea dari seorang pekerjanya di Thailand. Apa yang berlaku ? Pengeluaran bertambah kerana kalau dulu pengguna akan henjut botol itu 10 kali kerana satua sahaja lubangnya. Bila dah 5 lubang, pengguna masih terhenjut-henjut 10 kali. Sebotol cepat habis.



Iklan cecair pencuci dan pelembut fabrik dulu, dan peliknya sampai sekarang, menggunakan taktik " 1/2 penutup sahaja dah cukup ". Kalau mula-mula dulu aku faham kerana masing-masing tak perasan taktik itu tetapi tadi masih ada lagi iklan macam itu sedangkan kebanyakkan pengguna mesti sudah perasan. Nampaknya belum.


Kenapa tak buat penutup botol itu cukup-cukup untuk sukatan "1/2 penutup" ? Bukankah itu lebih senang ?


Tak, pengeluar itu tak bohong. Memang kalau guna 1/2 penutup pun sudah cukup. Mereka ada 2 sebab.

Pertama. 

Perkataan " 1/2 penutup sahaja sudah cukup" adalah mainan psikologi yang kuat untuk menarik minat pengguna. Mereka mahu pengguna percaya bahawa produk mereka hanya menggunakan 1/2 daripada apa-apa pun sukatan yang sekarang ini digunakan.. Berapa sukatan itu? Ini helahnya. Ia adalah relatif.  Kalau benar mereka jujur, mereka sepatutnya kata " hanya 10ml diperlukan " atau " 3 sudu teh ".


Sama seperti ayat " lebih 2x ganda kebaikannya ". Masalahnya, apa yang hendak dibandingkan?


Kebanyakkan jawapannya ada pada nota kecil di bawah skrin TV, yang mata kita payah nak baca. Ada yang membandingkan dengan produknya sendiri untuk versi / formula yang dahulu. Ada yang cuba membandingkan dengan produk syarikat lain. Masalahnya, syarikat lain itu pula kata " lebih 5x ganda kebaikannya ". Hah! Mana satu yang betul ? Menipu berdosa tau.



Kedua.

Keletah pengguna yang memang tak pecaya dengan kata-kata pengeluar. Sama ada skeptikal atau pun persepsi. Namun, sikap begini juga menguntungkan syarikat pengeluar. Kalau pun mereka kata " 1/4 sudah cukup ", pengguna tak mudah percaya. Mesti bubuh lebih.


Akibatnya, membazir. Hasilnya, produk cepat habis dan kena beli lagi. Kemudian, syarikat akan untung lebih kerana jualan bertambah. Sudah tentu produk yang 'lebih pekat dan lebih kuasa' adalah produk yang premium. Produk yang premium harganya pun premium.


Seolah-olah lebih 'pekat' cecair itu, lebih untung syarikat itu. Kalaulah syarikat itu kata " guna hanya 1/10 tutup botol" lagi banyaklah mereka boleh untung.



Jadi lain kali, ikut sahajalah saranan syarikat pengeluar. Kalau disuruh guna 1/2 tutup, gunakan sahajalah. Kalau tak bersih juga, saman syarikat itu dalam tribunal pengguna.


Seperti apa yang berlaku di New Zealand satu masa dulu apabila seorang pelajar menyaman satu syarikat pengeluar bes minuman yang 'penuh dengan kebaikan vitamin C' sedangkan ketika pelajar itu mengujinya di sekolahnya, vitamin C yang ada dalam segelas minuman itu taklah se-gah seperti yang digembar-gemburkan di dalam iklannya.


Pelajar itu menang. Semestinya dengan sokongan guru-gurunya.






.

6 comments:

Lily Abdullah said...

Iklan? Aku benci dengan 'penipuan',

Iklan? ada satu iklan pelembut kain yang baunya konon sama dengan minyak wangi.

Gadis2 jelita boleh menghujani anda dgn pakai minyak wangi XX.

Petik jari,luruh kain si gadis kerana pakai minyak wangi YYY.

Aku benci iklan luar x bertapis.

...akhirnya aku tak pakai make up dan minyak wangi hehe..

sepa said...

salam brader,
banyak sangat ke baju yg belum cuci...?! maklumla musim hujan...


Coca-Cola kata :
“Yang Lazat Dan Menyegarkan”, cuba ko minum lebih dari 5 tin. boleh tercirit wo...

sindiketsulit said...

hilang sekejap denyutan kat gigi aku bila baca entry yg berilmiah mcm ni.

btw,
pelembut downy yg kaler merah hati tu mmng kena guna setengah penutup jer, kalau ingkar dan guna lebih dari setengah penutup, bau wangi dia tu dah mcm bau kapur barus.

seriyes aku tak tipu.

tasekM said...

aku pernah jumpa sorg pakcik komplen.
dekat McD.

Dia terima burger dari cashier.

Besar ni je...?
Dekat iklan punyalah besar!

Aku suka org yg berani bersuara nih...




.

Perfumes Farm said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Para pekerja iklan memang dah diajar untuk buat begitu. kita buat-buat tak dengar je la... hahaha


Sepa,
tamg cola-coca tu pun aku setuju. Apa yang segarnye pun aku tak tau. minum air kosong lagi segar aku rasa...



Ros,
itulah.. kita kena ikut saranan dia. Cuma aku tak faham kenapa dia org masih guna istilah 1/2 penutup (selain dari sebab2 yang di atas)....



TM,
aku pernah gak gegar cashier pizza. Aku cakap, aku nak order yang macam dalam gambar. kalau udang ada 5 ekor, aku nak 2 ekor. kalau capsicum tu banyak, macam tu juga la...

alih-alih dia kata tak boleh. Aku cakap tanya balik, habis tu kenapa tunjuk gambar yang itu? Nak tipu aku ek?... merah muka budak tu. hahaha


Comment deleted,
jahat author tu kan? suka dia je delete-delete. tak apa, cuma lagi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com