.
Aku menulis di sini buat kamu, sahabat-sahabat,
dengan tinta nafasku sendiri, lewat usia senjaku,
mari dengarkan jerit hatiku,
di sini, bacalah...
Sedang orang menyulam bunga cinta pada sutera,
aku hanya menjahit pilu dengan perca-perca derita,
benang-benang yang reput,
ingin aku lemparkan ke langit, memaut cintaku,
apakan daya, terbakar ia menjadi abu,
meredup sinar, segala ombak,
segala gelombang bergolak,
semuanya mengejar tepian suci,
dan kalbu ini terus mengocak gelodak di dasar rindu,
mengeruhkan sungai jiwa dan aku pun tenggelam
dalam keruh yang nyata,
Wahai sahabat!
dikala renjis-renjis rahmat masih memukul,
aku berteleku menghadap mindaku yang tumpul,
ada hikmah yang tersirat, ada gerak nadi yang terkumpul,
belum cukup, hai sahabat.... itu masih belum cukup,
Lewat senjaku ini,
perit melihat sejarah lama, oh Tuhan...!
Wajah kamu, kamu dan kamu hai sahabat,
kulihat semuanya ada di situ,
berduyun-duyun mahu memberiku minum,
air mandian jenazahku sendiri!
Wahai sahabat!
bila jiwaku keseorangan,
menanti sedar dari koma yang panjang,
hanya hitam menemani,
sayup-sayup terdengar bunyi,
algojo sedang melapah nikmat di hujung sana,
dan kutunggu giliranku dalam sedu sayu,
memohon belas algojo, agar memintas nyawaku,
secepat kilat,
tanpa kesan lelas yang jelas!
Wahai sahabat!
tinggalkan aku yang sendirian tanpa benang,
gigilku menjadi selimut,
dinihari yang enggan menjemput terang datang,
tak sudi melihat usia yang menunggu,
di pondok usang, menanti seseorang datang,
menjemput pulang,
lalu biarkanlah aku,
menemani trajis diri, sepanjang hidupku ini,
menangis dan menangis...
dan menangis lagi,
biarkan dan tinggalkan...
tolong tinggalkan...
aku mahu berseorangan,
menunggu dijemput seseorang
Lalu azan pun menjemputku pulang.... huhuhuhu.....
Wahai sahabat semua,
selamatkanlah dirimu,
jangan jadi seperti diriku,
yang hilang dalam sepi rindu,
sedangkan nikmat rahmat sentiasa turun,
merenjis ubun-ubun
Salam,
hai sahabat,
aku ingin bersalaman,
dari balik kafan,
sekarang kamu bolehlah beriku minum,
air mandian jenazahku sendiri.
[puisi jiwa-jiwa yang parah]
.
24 comments:
Padat. Aku pun begitu kah?
Hani,
Entahlah kak, setiap orang ada cerita masing-masing, punya rahsia masing-masing...
tapi secara umum, ia sepatutnya sama kecuali mereka-mereka yang menganggap dirinya ma'ksum...
orang oarang baik sentiasa mengingati mati....
Azani,
kalau mati sebelum jadi baik, camner?
aku teringat kisah adik beradik sorang tingkat atas dan sorng di tingkat bawah...yg bawah nak jadi baik , dari kaki enjoy
yang atas nak enjoy dari wara'
kita mohon penyudah yang baik...itu yang mampu...
Azani,
ya, berdoa sajalah... tersurat tetap dah tersurat, cuma tak tau apa yg tertulis... biarlah rahsia..
Assalam,
Macam mana kalau Bang Temuk beri reaksi begini?
Mungkinlah, air sedemikian
kan dapat ditegukkan
apakala dapat disudu ia
dari pasir yang amat gersang
tempat tumpahnya
berbulan lalu!
Bang Temuk,
Haruslah tak mungkin, bang.
melainkan jika di tunggu hujan yang mendatang, lalu cepat-cepat ditadahi sudu itu, semoga dapat barang setitis dua buat pengubat dahaga..
terima kasih bang. aku faham isi kandungnya... terima kasih. lega sedikit....
sentiasa ingat mati..
dan berusaha menjadi yang terbaik dari hari ke hari
cheqna,
ya, betul...cuma kadangkala kita lelah dan perlukan motivasi...
pernah memandikan org tersayang, timbul keinsafan & kerap menziarahi pusaranya bagi mengingatkan diri sendiri ttg kematian...
Sudip,
aku pun pernah memandikan arwah bapak...huhuhu
Yasinnn...
Aku dah datang baca yassin ni.
jgn la mati dulu...
siapa nk bergaduh dgn aku nih.
.
Ashley,
Ahhh... sejuknya kurasa...
TM,
takpe, kamu akan menyusul cuma aku tak tau bila....
Kalau kau mati dulu, sape umumkan kematian akak ni ha ha..
Cantik puisi :)
Kak Lily,
Tasek boleh umumkan kematian... dia dulu ada ambik subjek Mass Comm...
Puisi? Ala.. sekali sekala... dikala jiwa parah... nak join jiwa parah?
Makan dalam....
hebat sungguh gelora dalam jiwamu, wahai sahabat...
:)
cklah,
dalam sangat-sangat, cikgu....
sepa,
tofan, bro.... tofan.
tapi ko gelak tu?
apasal seram-seram sedih pulak aku baca entry ko ni bang?
WOs,
memang tengah seram-seram sedih ni... huhuhuhu
pastu, tak bleh komen lak kat blog ko.. huhuu
uish. macam berat pulak aku nak faham
Tijah,
aku dah ok dah... ni aku senggugut nak peyed la kut nih... hahaha
Post a Comment