imej sumbangan Mama |
Apakah kaitan antara Teh Tarik dan Telur Ayam sesangkak?
Inilah tajuk yang kita bakal bincang sebentar lagi tetapi sebelum tu, sayugia dinyatakan di sini bahawa tuan empunya telur tidak sama dengan si peminum teh tarik. Malah, aku tak tahu siapakah pemilik telur sesangkak banyaknya itu dan aku tak minum teh tarik yang itu. Aku minum teh tarik yang lain, yang tak ada dalam foto di atas kerana aku ini elusif, hatta bayang-bayang sekalipun. Baiklah...
Apakah signifikannya Teh Tarik diletakkan dekat dengan Telur Ayam sesangkak?
Ini merupakan tajuk perbahasan kedua yang perlu kita kupas dalam-dalam namun sebelum itu, perlu diberitahu bahawa kejadian Teh Tarik berada dekat-dekat dengan Telur Ayam sesangkak itu berlaku di selatan tanah air. Untuk lebih tepat lagi, kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Bandar Jasin, Melaka.
Jika ditilik betul-betul, anda boleh dapati yang telur ayam itu bukanlah telur ayam yang biasa. Kulit telurnya berwarna kuning-putih, lebih kepada 'sandy-egg' yang ternyata lebih mahal harganya. Tetapi, siapakah yang tinggal dan bersosio-ekonomi di Bandar Jasin mampu membeli 'sandy-egg' sebanyak itu hanya untuk nak buat telur dadar hari-hari? Sudah tentulah pemilik yang bertelur itu bukan calang-calang orang. Bukan sekadar lelaki picisan.
Kemudian, cuba lihat Teh Tarik itu pula. Siapakah yang berkemampuan untuk memesan segelas Teh Tarik yang tak pernah luak-luak (di dalam foto itu), segelas teh tarik ajaib. Kenapa aku kata begitu? Cubalah lihat gelas-gelas lain, mereka hanya minum Teh 'O'. Sudah tentulah Teh Tarik itu sangat bermakna kepada peminumnya. Dan sudah pasti si peminum teh tarik itu akan sering menjeling kepada pemilik telur ayam sesangkak itu...
Berbalik kepada dua topik kita pada hari ini, sejujurnya aku sendiri tak tahu apakah kaitan antara keduanya dan apakah signifikannya aku tulis di blog ini.... hahaha
.
13 comments:
aku paham apa yang kau paham kat sini.
SM,
So, kita sama-sama fahamlah ni ek...
shhh.. jgn bagi tau orang lain...
sumpah aku takkan bagitau siapa-siapa sebab aku langsung tak paham, cuma pura-pura paham je!
SM,
psstt.. aku pun sama....
kakakaa
aku tak faham
tapi teh tarik memang selalu di minum di kedai mamak sambil pekena roti vanai
canai....
Azani,
teh tarik + roti jantan tempel telur kat luar... hahaha
aku syak ayam tu kacuk itik la...
Sungguh tak faham.
siapa punya teh tarik tu.?
TM,
jenuh la ayam tu kena tenggek dek itik angsa.. kakaka... lucah!
Dak Ai,
rasa-rasanya kak ngah punya...
tapi telur tu ntah sapa punya...
Assalam...
Tumpang gelak sat...lawak lah jugak. :))
aku tahu beberapa jeh kaitannya, saya kongsi sket la:
1) telur tak boleh buat teh tarik.!
2) teh tarik tak boleh guna tuk rebus telur.!
...dan.
3) telur mesti duduk dlm sangkar, dan teh tarik duduk dlm bekas.!
:)
Wan,
Salam... selamat datang ke sini. Ini tempat kita libur-libur... jangan ambil hati sangat dengan komen2 dia org yang keras2 tu.
Sepa,
weh... mana ada kaitan kalau macam tu.
yang ada kaitan cuma meja jer... kakaka
Post a Comment