Wednesday, June 6, 2012

The adventure of Puri

.

Setibanya aku di restoran itu, aku pilih meja yang selalu-selalu. Meja yang di tepi-tepi, yang tak ramai orang. Aku suka makan sembunyi-sembunyi. Kemudian aku dihampiri oleh seorang berketurunan Bangladesh. Aku tak cam mukanya, dia bukan muka pelayan yang biasa aku jumpa di situ.


Dia bertanyakan minuman, aku jawab 'Teh Tarik'. Dia catatkan sesuatu di atas kertas kecil dengan penanya. Kemudian dia tanya pula makanan yang mahu aku pesan. Sebelum-sebelum ini telah beberapa kali aku pesan 'Puri' tetapi semedang tak ada kerana 'Puri' biasanya ada sebelah pagi sahaja. Oleh kerana kali ini aku di restoran itu waktu pagi untuik bersarapan, aku pesan 'Puri' yang aku idamkan.


"Buri sattuuu.. " jawabnya sambil geleng-gelengkan kepala.

Ah sudah!!!! Ini yang aku benci. Dia ni pasti jenis ada geleng, tak ada pun geleng. Aku tak puas hati. Aku tanya lagi, Puri ada atau tak ada.

"Adaaaaaa...." jawabnya sambil tersenyum sedangkan mata aku terpaku pada gelengan kepalanya. Aku tak puas hati lagi, aku rasa macam nak hentak saja tengkuknya biar bersimen plaster, barulah tak boleh geleng-geleng lagi. Boleh keliru aku dibuatnya.

"Aku nak tengok kamu tulis apa..." pinta aku. Dia unjukkan kertas kecil tadi. Tertulis di situ ' B-1s'. Aku tanya dia balik, ' B ' itu apa?

"Bbb... Buri...Buriiii..." jawabnya. Aaikk!?? Aku kata Puri bukannya Buri. Atau aku yang tersilap? Bila aku tanya balik beberapa kali, dia ejakan " Buriii...".


Terus aku tanya, berapa lama kerja di situ. Terkial-kial dia nak jawab. Dia tak pandai berbahasa Melayu rupa-rupanya. Sia-sia kalau aku bertekak dengan dia. Terus aku suruh dia panggil pelayan yang biasa melayan aku di situ.

"Dia budak baru, bang...." terjegul wajah pelayan Bangladesh (juga) yang fasih berbahasa Melayu.

"Aku tak kira. Aku tak nak tengok muka dia lagi kat sini. Cakap Melayu pun tak reti..." ngomel aku. Pelayan lama itu tersengih-sengih sahaja.

"Dia ada permit ke tak ada tu?" Aku tanya berterus terang sahaja. Dia kata ada.

"Permit apa kalau bahasa Melayu pun tak reti...!" ngomel aku lagi. Seterusnya, aku minta Puri 1 set.



Nampak je besar tapi itu gelembung angin je... jangan terpedaya.


Beberapa belas minit kemudian, pelayan Bangladesh yang tak pandai cakap Melayu itu datang sambil menatang 'Puri' yang aku pesan. Lama sungguh aku tunggu. Aku dah mula syak dia sengaja lambat-lambatkan sebab nak balas dendam.

"Kamu tak ludahkan Puri aku tu kan?" aku tanya. Manalah tau kalau-kalau dia ludahkan kuah Puri tu.

Dia tersenyum sambil geleng-gelengkan kepalanya. Fuh! Selamat. Aku pun apa lagi, terus gomol-gomol, aku carik-carik dan aku coletkan ke dalam kuah. Lantas masuk ke dalam mulut aku.




* skrrreettttttttttt....! (tarik handbrake) *


Baru aku perasan tadi dia geleng-gelengkan kepalanya. Ah sudah!!!! Ada geleng, tak pun geleng juga. Mana satu ni?

Dia ludah Puri aku tu atau tak?

???!!!!






.

12 comments:

tasekM said...

kah kah.

banyak, kan ko punya songeh...?
makan je la...

:p

bangla tak fasih bahasa melayu tu aku boleh terima lagi.
ini.
yg beranak kt malaysia.
sekolah kt malaysia.
ic malaysia.

pun tak fasih2.
apa kes...?

tak pasal2 bukit cerakah tukar nama.

keh keh.




.

sepa said...

banyak hal la ko nih brader... makan je la.!!!

*part ganas tuh aku suka. apsal ko tak buatbuat tangkap je dia... hahaha...

:)

Anonymous said...

aku syak dia korek hidung tak basuh tangan sebelum pegang puri tu. kau tak check ke kuku jari telunjuk dia?

Nizam.Ariff said...

TM,
yang melayu pun banyak yang tak pandai buat karangan bahasa melayu kan..? hahaha




Sepa,
aku kalau kena gayanya memang nampak ganas... persis Predator, si hero kebanggaan aku, yang suka tarik tulang belakang nak buat trofi tu....



SM,
cilakak!!!!
Aku lupa nak check kuku dia... aku syak mesti hitam berkilat bawah kuku dia tu... cis!

ckLah @xiiinam said...

"Amma!" sambil geleng-geleng.....

Hahaha....dema memang. Geleng sesaja...




**TASIKM! MeRTABAK WONEY! Hihihi...mertabak ke murtabak eik? :-)

ckLah @xiiinam said...

ooops, tasik pulak. Tasek lah.....




:-)

secangkir madu merah said...

Aku pulak syak dia baru keluar dari toilet, pegang itu ini lepas tu tak basuh tangan.. hahahha eloklah tu.. sebelum kau pekenakan dia, dia yg pekenakan kau.. hahahahhahahahahhahahaha

Nizam.Ariff said...

CKlah,
Aku baca " murtabak honey" kakaka...
ada ke murtabak madu?




SMM,
Itu aku rasa memang dah sah....
tak apa, aku makan guna garfu... errr boleh ke gitu...? KAKAKAKA

addyaholix said...

sedap tu. lama tak makan puri ;D

ibundo said...

bangsa dorang ni memang main geleng... the unsaid language. Bila tengok dorang bercakap sesama sendiri, tak payah guna suara tapi main geleng geleng je dorang dah paham maksud.

Ada bahasa tak ada huruf 'pa' dan 'nga'. Orang arab atau bangla, kalau perkataan yang ada bunyi 'pa' dorang akan sebut 'ba'. payung jadi bayung. Perak?
bangla tak reti sebut bunga... jadi bun-ga.
sekian sesi bahasa kita harini.

err. aku syak dia selet puri ko dengan taik idung.

Granny Hani said...

Hahaha..tu pasal lah saya control ayu kalau kat kedai makan..buatnya di apa apakan makanan kita, tak ke kembang tengkok nak telan nya..

Nizam.Ariff said...

Addy,
Ko ke mana bang? lama tak update ni...





KAkpah,
Ooo.. dia orangmacam orang arab gak ek....? jenis huruf jawi tak lengkap belajarnya.... kekekeke.




Hani,
ingat nak tunjuk kerek kat situ... keh keh keh....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com