Tuesday, June 12, 2012

Pelita di waktu malam gelap pekat

.
Ini bukan pelita magis yang terapung-apung...




Dulu...
Pelita ini menjadi nadi penggerak malam semasa zaman aku kecil-kecil dahulu. Apa yang digerakkannya? Ia berjaya menggerakkan tubuh aku daripada terus menahan kencing diwaktu malam pekat. Aku bisa bergerak untuk ke bilik air kerana jika ada angin lintang pun, api dari sumbu pelita itu masih mampu bertahan menongkah hamburan angin yang menderu. Kerana apa? Kerana bilik air pada waktu itu berada di luar rumah. Ia terpisah daripada rumah utama.

Dan pelita yang bersumberkan minyak tanah itu mempunyai 2 kelemahan ketika menemani aku di bilik air. Pertama, jika apinya terlalu besar (cahaya lebih terang) ada asap jelaga yang boleh menjadikan ruang bilik air itu penuh dengan jelaga hitam. Juga lubang hidung aku.

Kedua, sebutir cahaya dimalam pekat mampu menarik serangga-serangga malam yang terpukau dengan keasyikkan lentuk-liuk api yang bergelora dengan nafsu dan feromon... aksi meliuk yang ghairah, yang sungguh organik bentuknya, yang sungguh menyesakkan nafas serangga-serangga yang melihatnya. Dan kadang-kadang malah selalu juga serangga itu terbang terkapai-kapai sehingga terlanjur sampai ke lubang hidung atau lubang telinga aku. Serangga yang dikabui matanya sehingga tidak kenal mana satu corong pelita dan lubang hidung.


Ya, aku sering menjadi mangsa rakusnya...



.

9 comments:

sepa said...

seranggapun ada feromon ar... :p

ckLah @xiiinam said...

Cantik. Nak curi gambar ni buat kad rayalah....





:-)

ckLah @xiiinam said...

Kalau misim hujan, kami selalu meniarap mengelilingi pelita ni adik beradik....tengok kelkatu.

Nizam.Ariff said...

sepa,
aku anggap ada je.. sebab kumbang ada feromon... kakaka




Cklah,
boleh.. boleh tapi foto yang tu dah kecil... 300Kb sahaja.

Kelkatu boleh datang, kita tak halang tapi masalahnya ialah sayap-sayap yang tertangal tu... huh! dah macam demonstrasi bersih3.0 jadinya.

kami dulu2 suka letak pelita di dalam talam berisikan air... kelkatu jatuh ke dalam air dan terapung2....

tasekM said...

yg paling tak tahan.
dah masuk hidung.
dihembus keluar tak mau.
ditelan pun tak mau.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
boleh beranak pinak dalam hidung kalau gitu .. hahaha

ASH said...

Tok aku time dah ada letrik pun, masih lagi pasang pelita ni, kalau nak ke toilet laa...
Entah apa sebabnya taknak switch on lampu letrik pun tak tahu...

Nizam.Ariff said...

Ash,
aku rasa untuk keselamatan daripada terkena renjatan elektrik, ye la.. tangan mungkin basah kena air...

sepa said...

suka ko jawab dak Ash... hehehe

gayabahasa dak PST (Professor Serba Tau, GilaGila)...

cheers...!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com