.
Telah pun bermula Tilawah Al-Quran di TV1. Maka, itulah menjadi bunga-bunga kedatangan Ramadhan. Semasa kecil dulu, apabila berkumandang Tilawah ini, secara automatik suasana hari-hari seterusnya akan menjadi ceria. Terasa sungguh hantu-hantu akan diikat. Hantu-hantu yang selalu mengejek aku dari atas Pokok Cempaka sebesar pemeluk batangnya dan setinggi pucuk kelapa. Pada masa itu, aku selalu terfikir kenapa Bapak tak mahu tebang sahaja Pokok Cempaka itu? Bukannya ada nilai-nilai ekonomi dan komersial pun. Menakutkan aku adalah.
Pada masa entri ini ditulis, seorang perserta Tilawah wanita dari Perlis sedang membaca dengan sepenuh hatinya. Aku katakan dia membaca sepenuh hati kerana alunan taranumnya banyak yang bernada tinggi. Meneran setinggi yang mungkin, hinggakan hampir-hampir pecah suaranya kerana tak sampai note.
"Kenapalah baca sampai meneran nak terkeluar peti suara macam tu? Seksa sangat nampaknya." komen spontan aku.
"Abah nampak dia terseksa tapi bagi dia, itu cuma biasa-biasa saja..." balas anak aku.
Aku tak faham. Aku dan Mama bertanya hampir serentak.
"Dia tengah mabuk dengan cinta Tuhan... " jawab anak aku bersahaja.
Aiikk...! Belum baligh lagi dah pandai cinta-cinta ni?
.
8 comments:
salam ron
baru puas hati
dapat scroll sampai ke dasar,,,
err ustaz aku cakap orang dah zauq ni, macammacam, ada yang masa ngaji , ada yang masa solat ada yang masa zikir
Azani,
aku tak pasti la peserta tu dah zauq ke belum... tapi aku tengok terseksa sangat gayanya. bukankah al-Quran itu dibacakan dengan suara yang sedap pada telinga? kalau nak keras pun, biarlah kena dengan maknanya yang keras... aku tak pandai ilmu taranum ni tapi telinga aku suka mendengar yang harmoni dan merdu...
like father like son. hehehe...
*kejap lg dia tulis puisi pulak. :)
dia dh baligh tu...
ko mana tau.
:p
.
power betul bermadah..kehkehkeh
sepa,
setakat ni dia pernah lagukan syair kat Mama dia... keh keh keh
TM,
selalu gak aku tanya dia dah mimpi ke belum. dia kata belum... keh keh keh... teruna sunti lagi dia tu...
Jeb,
Ntah mana dia dapat ucapan macam tu aku pun tak pasti... dia mesti selongkar buku2 aku tu time cuti2 macam ni...
wah, ko kalau bab celoteh panjang2 mmg power pya ayat ea..
LadyD,
celoteh dalam ni je.
kalau bercakap depan khalayak tak boleh, aku pemalu... keh keh keh
Post a Comment