Ada seorang sahabat memberikan kepadaku satu bungkusan yang bersaiz kurang sedikit daripada tapak tangan aku (kalau tapak tangan budak 2 tahun, besar sedikitlah). Nampak seperti sesuatu yang menarik berbungkus dan nyenyak tidur di dalamnya.
Ini tulisan Korea atau Jepun? Aku tengok macam Jepun punya je... |
Apabila aku buka bungkusan itu, ada sesuatu yang lembik dan berwarna hijau tua berbaur dengan kuning sedikit.
Aku tak tahu apa namanya tetapi rasanya (ya, aku kadang-kadang makan benda-benda yang pelik), teksturnya yang lembik tetapi likat, manis-manis buah... seperti dodol. Terus aku cakap kepada kawan tadi,
" jauh kamu beli dodol, sampai ke Jepun? "
Aku syak, selepas ni dia tak nak beri apa-apa 'umiyage' kepada aku lagi dah!
.
10 comments:
mcm dodol eh?
jepun ni mcm melayu pulak bab2 buat kuih eh...?
mochi2 tu hr nk gaya kuih koci eh..
.
kenapa yg komen aku banyak no eh nih..?
heh~
.
TM,
haah.. dodol jepun aku rasalah. kalau tak dodol pun, rasa macam mochi tanpa inti.
tapi manisnya macam guna gula stevia la.. .hahaha
dodol jepun? emm pelik bunyiknya.. tapi rupa dia tak samalah..
ralat : aku agak, dodol jepun nih sebesar ibu jari ko eh...
*diaorg makan benda nih masa raya jugak yer....?!
SMM,
rupa tak sama tapi teksturnya hampir sama... lembik2 dan melekit sikit kalau tak ada debu kacang/tepung tu... aku rasa itu dodol juga la tu...
Sepa,
ko biar betul, ibu jari aku taklah sebesar itu. kalaulah ibu jari aku sebesar itu... sudah tentu... err.. tentulah dada aku pun bidangnya 3-4 hasta... keh keh keh
aku syak orang jepun dapat idea dodol ni masa dia org beraya kat Malaysia masa tahun melawat Malaysia 1988 la.. hahaha
ini sangat rare. apa ingredient?
SM,
aku tak tau... tapi kawan-kawan yang pandai cakap jepun kata Halal... hahaha
oh, mungkin ejaan halal tu gunakan karakter `kanji' kot. takpe, yang penting yakin.
SM,
aku yakin sebab kawan aku pun yakin je dia makan..
tapi tak taulah kalau kawan aku tu yakin makan sebab dia tengok kawan jepun dia tu yakin je makan.... hahahaha
Post a Comment