Friday, July 20, 2012

Jualan hebat! Potongan Hebat sempena Hari Raya.. cepat! Sementara stok masih ada... jangan lepaskan peluang penjimatan mega ini...

.

Kali ni kita diskas yang seyes-seyes sikit. Al-ma'alumlah, bulan Ramadhan biasanya juga menjadi bulan yang penuh dengan membeli-belah. Diskaun oh diskaun, pasaraya-pasaraya bakal terpampang dengan iklan-iklan begini. Kedai-kedai perabot juga. Oleh disebabkan itu, sayugia aku senaraikan taktik-taktik peniaga dalam meletakkan harga. Bagi yang terlibat dengan marketing, mereka mungkin dah tahu. Ok, ini dia.


Setahu aku, buat masa ini, ada 4 teknik meletakkan harga:
  • Cost-plus strategy - inilah yang sangat selalu dilakukan, iaitu mengira semua kos yang terlibat dan kemudian tambahkan keuntungan (margin) yang diinginkan. Katalah kos sebiji karipap pusing ialah 15sen, keuntungan ditambah 30sen. Harga jualan jadi 45 sebiji. Kenapa letak 30sen keuntungan yakni sampai 200%? Sebab nak berniaga sebulan sahaja di bazaar ramadhan tetapi untungnya macam berniaga setahun di tepi simpang.
  • Penetration price strategy - ini pula untuk mereka yang ada sikit-sikit berniat jahat. Dia letakkan diskaun sehingga sanggup letakkan harga dibawa paras kos, maknanya sanggup rugi janji boleh masuk market. Kalau diskaun tetapi masih untung, itu strategi lain. Strategi ini lebih kepada strategi berani mati! Untuk contoh di atas, oleh kerana makcik Milah dah terkenal dengan karipap pusing dan setiap habis Ramadhan rantai emas bergayut di leher dan tangan, makcik Wok pun nak berniaga. Tapi, makcik Wok kena tarik pelanggan makcik Milah. Jadi, makcik Wok sanggup jual karipap kerepot dengan harga 20sen sebiji walau pun kos sebiji karipapnya ialah 25sen (sebab makcik Wok tak pandai nak agak sukatan bahan-bahan lagi).
  • Follow the leader strategy - yang ini memang biasa dilakukan juga. Harga barang jualan diletakkan dibawah sedikit daripada harga barang pihak lawan yang menjadi peneraju market. Biasanya, diantara 10%~15% lebih rendah. Nilai peratus ni bergantung kepada nilai psikologi pembeli terhadap barangnya. Kalau barangnya jauh lebih teruk daripada market leader, kena letak lebih murahlah kalau tidak, pembeli merasakan masih berbaloi berbelanja lebih sikit untuk barangan yang telah terbukti bagus. Dalam kes karipap pusing makcik Milah, makcik Wok mungkin boleh jual karipap kerepotnya 30sen sebiji. Kenapa bukan 40sen? Kerana makcik Wok sedar yang karipapnya kerepot, tak secantik karipap pusing makcik Milah.

Tiga (3) strategi di atas itu mungkin menguntungkan pembeli kerana perang harga itu diantara penjual-penjual. Yang aku nak peringatkan kawan-kawan semua ialah strategi yang ke-4 ini. Strategi yang sungguh aku benci... menci-menci-menci taw!!!!
  • Price scheming strategy - ialah meletakkan harga barang pada harga yang tinggi kemudian setelah beberapa lama, diskaun pula diberikan. Diskaun yang memang 'maut', yang kaw-kaw... yang boleh membuatkan hati-hati terbelah, boleh buat akal yang waras jadi short-circuit. Kadang-kadang diskaun sampai 70% ! Macam-macam penjual berikan alasan. Alasan yang biasa ialah: penghabisan stok, jualan tutup perniagaan, jualan pindah cawangan dan seerti dengannya.
Tak semua jualan penghabisan stok dan lain-lain itu menandakan 'price scheming'. Ada yang betul-betul begitu. Namun kadang-kadang itu ada yang buat 'jualan pindah cawangan' tapi dah 2-3 bulan tak pindah-pindah juga. Ada juga yang kata jualan penghabisan stok tapi stok tak habis-habis juga. Manakan tidak, bila stok dah surut, dia order lagi dari China.

Oh ya, kalau tak silap aku, 'price scheming' ni salah disisi undang-undang tapi nak buktikannya bukan mudah. Biasanya, harga barang tu diletakkan tinggi melampau sampai ribu-ribu. Memang benar barang itu diletakkan tanda harga ribu-ribu dan kalau penguatkuasa datang periksa pun, barang itu memang ada dipamerkan di pintu depan sampai berbulan-bulan. Tapi, penjual sebenarnya tak ada niat pun nak jual. Kalaulah ada yang beli, itu rezeki terpijaklah.

Selepas 4-5 bulan, dia pun buat jualan murah. Diskaun sampai 75%. Harga dari ribu-ribu dah turun menjadi RM499.97 sahaja, tak sampai pun RM500! (padahal bila nak bayar, inbois tulis RM500 gak). Nah, sekarang, mata siapa yang tak pijar bila tengok diskaun 75%?

Dan penjual itu pula iklankan '75%.... 75%....75%' disiarkan berulang-ulang supaya terbeliak mata orang. Bila bakal pembeli tanya, beria-ia pula kata 'harga dulu ribu-ribu... harga dulu memang tinggi.... sekarang nak tolak murah.... akak untung banyak... kami rugi tak apa janji barang keluar'.

Padahal, sememang pun dia nak jual RM500 tu. Kalau periksa stok memang tak ada tapi bila masa 'jualan murah' dia dah order stok supaya ngam-ngam sampai... dapat elak kos inventori dan kurangkan tempat nak simpan. Dan yang lebih penting, dia jual RM500 tu pun dah untung. Modal iklannya? hanya tempat meletak barang pameran selama 4 bulan.


 Aku selalu juga didatangi oleh penjual sebegini. Mulutnya manis mengatakan dulu barangnya mahal.. mahal sangat dan sekarang harganya murah.. .murah sangat. Biasanya aku akan kata "kenapa tak letak harga asal dulu juta-juta dan sekarang tinggal ratus-ratus saja? barulah terbeliak mata aku..."

Dan biasanya, aku akan berikan nilai atau harga kepada barang tersebut. Kemudian aku bandingkan harga selepas diskaun. Aku langsung tak ambik peduli berapa harga sebelum diskaun. Kalau aku tanya pun sebab aku nak cari apa kelebihannya sampai harga ribu-ribu. Aku tanya dan aku kondem, aku tanya lagi dan aku kondem lagi.. begitulah.

Nasihat aku, sebelum membeli eloklah kita nilaikan sendiri barang tersebut. Letakkan harga kita sendiri. Kemudian bandingkan dengan harga tawaran. Jika masih berbaloi, belilah. Kalau tak berbaloi. baik tak payah beli walau pun penjual tu beria-ia mengatakan harga asal barang tersebut beribu-ribu.... huh!







.

9 comments:

sepa said...

artikel yg menarik dibaca,
ada humor yg mencuit hati,
juga ada sindiran pedassinis yg menghiris hati...


cuma aku nak tanya satu :
Berapa rega karipap makcik Milah sebenarnya.?!

tanya satu lagi :
Memandangkan karipap makcik Milah sangat laku, makcik Milah tak offer membership card ke kat regular customer dia, dan buat satu hari membership day ker, contohnyer beli sebijik free dua bijik.


:)

p/s : karipap yg rega 45sen di cost-plus strategy, karipap siapa ar...?!

Nizam.Ariff said...

sepa,
harga karipap makcik Milah 45sen sebiji... tapi makcik Milah kata, sekali sekala dia boleh kasi 3xRM1... hahaha

makcik Wok yang kacau market makcik Milah.

tasekM said...

aku bukan kaki shopping...






(dasar tak banyak mcm org lain sebenornya...)


.

Anonymous said...

bagu N3 ni, but KA membeli tgk kualiti then harga, kalu melampau sgt tu sory to say lah mmg x beli!

Meeja said...

Nak email, nak tanya something :)

gadisBunga™ said...

aku beli karipap ikea. tak pun aku mintak mak aku yg buat karipap. huhuhu~

Nizam.Ariff said...

TM,
aku tak percaya....
keh keh keh....
sakan borong lensa tapi tak ngaku shopping.... huh..



KA,
betul la tu caranya....
cuma nak tentukan nilainya, kita kena ada info. nak ada info kena buat window shopping banyak2.. hahaha





Mimi,
email ke: nizam.ariff@yahoo.com




GB,
bila nak merasa karipap buatan tangan ko nih?

hahaha....

aza ni said...

aku selalu kena kelentong....maklumlah aku pelupa,,,

Nizam.Ariff said...

azani,
suruhlah org lain belikan... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com