Friday, July 20, 2012

Hanya kerana sebiji pisang yang besar lagi panjang...

.

Mungkin hari ini adalah hari terakhir aku bersarapankan sebiji pisang di pejabat untuk bulan Sya'aban tahun ini. Cukup dengan sebiji pisang?

Tak juga, sebelum itu aku dah makan roti-lepa susu (yang lebih banyak minyak sawit daripada lemak susu) dicelup dalam air kopi suam-suam kuku jari hantu di rumah. Manakala pisang itu untuk dimakan pada sekitar jam 11:00am, sementara menunggu nasi meluncur masuk melalui esofagus dan menari dengan tarian peristalsis, berdangdut dengan gelek gerudi besi berani sebelum terkapar dan akhirnya kelemasan di dalam asid gastrik perut.






Itu bukan 'camera trick'. Memang pisang itu bersaiz besar dan panjang tetapi bukan jenis pisang tanduk.

Memang aku suka pilih yang besar-besar sebab tak payah nak bawa 2-3 biji pisang kecil ke pejabat. Kalau bawa 2-3 biji pisang, nanti kawan-kawan ingat aku nak 'offer' sebiji... mana cukup! Kah kah kah.....


Hah, cepat kutuk aku kaw-kaw... tak apa, aku tak marah...







.

2 comments:

sepa said...

aku bagi ko pantun 2kerat jek :

pisang, makin la besar makin la bengkok,
aku, malas la nak kutuk...


:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
alaaaa... kutuk la, kutuk la...
aku tengah pasrah ni

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com