.
Ini sebuah kisah benar di hari pertama Ramadhan di bazaar Ramadhan di sekitar Pekan Jasin.
Usai membeli juadah untuk berbuka puasa di bazaar Ramadhan, aku memimpin tangan mak mertua dan mama untuk melintas jalan, untuk pergi ke kereta kami di tempat letak kereta. Jalan sesak kerana ramai yang meletakkan kereta di bahu-bahu jalan.
Kami bertiga teragak-agak nak melintas jalan. Sungguh bosan menunggu.
Akhirnya, aku tarik tangan mak mertua dan mama dan terus berjalan ke tengah-tengah jalan raya.
Mak mertua seakan-akan menjerit bila ada kereta masih bergerak ke arah kami bertiga.
"Tak apa. Kereta tu ada brek, tahulah dia macam mana nak tekan brek..." kata aku.
Setelah kereta aku dihidupkan, aku pun keluar dari tempat letak kereta menuju ke jalan raya yang sesak.
Jalan raya yang sama. Kesesakkan yang sama.
Bosan, kereta bergerak tersengguk-sengguk kerana mengelak orang ramai yang melintas.
Aku tekan minyak. Kereta aku bergerak perlahan.
Mak mertua seakan-akan menjerit bila ada orang masih di tengah-tengah jalan raya sedang melintas.
"Tak apa. Dia orang ada mata, pandai-pandailah nak elak kereta kita..." kata aku.
.
9 comments:
lain kasut, lain gaya jalannya... :D
*kejap. nak tanya. mak mertua ko ada tak pulas telinga ko.?
sepa,
belum sampai tarik telinga lagi la tapi....
mak mertua ko tak piat aku pulak yg rasa nk piat telinga nih...
.
kena bebel dengan mak mertua tak? haha..
TM,
ko piat tinge aku, aku lapor kat mama... keh keh keh
FadhilahM,
dia bersyarahlah juga... hahaha
mesti mak mertua kau menyesal. hahaa!
SM,
harap-harap dia tak jeran naik kereta aku ... hahaah
mak mertua aku tak kisah aku bawa kereta macamana...diaaammm jer.
tapi kalau mak aku, dia yang mengucap subhanallah, istighfar bagai!!
ash,
mesti bawak giler ganas tu...hahaha
Post a Comment