Sunday, August 26, 2012

Brader G-Pang, gua respek sama lu.....

.

Dalam perjalanan pulang ke S.Alam malam minggu baru-baru ini, jalan agak sibuk di sepanjang jalan mulai Pedas hinggalah ke susur keluar Nilai Utara/KLIA. Walau pun agak sibuk tetapi kenderaan berjaya dipacu dengan kelajuan lega yakni sekitar 90km/j ~ 100km/j.


Sedang sedap aku ekori kereta di depan, tiba-tiba telinga aku disesah dengan bunyi nyaring ala-ala bingit berdengung dari sebelah kiri. Aku kenal bunyi itu. Cuma, aku terfokus kepada bunyi itu kerana sudah lama benar aku tak dengar bunyi yang sungguh 'merdu' seperti itu. Dalam pada aku bawa kira-kira 90km/j itu, bunyi itu semakin hampir dan akhirnya memotong aku dari sebelah kiri! Fuh..! Tak boleh jadi. Aku kena kejar dan pastikan betul-betul apa yang memotong aku sebentar tadi.


Aku cuba kejar. Dalam jalan yang sedikit sesak itu, aku pecutkan kereta. Aku terpaksa aktifkan i-VTEC untuk kejar. Aku lihat meter kelajuan aku beranjak dari 90km/j ke 130km/j dengan cepat tetapi aku masih gagal mendekati G-pang tu. Maknanya, G-Pang itu dilenjan sekitar 120km/j ~130km/j. Aku tak berani nak bawa lebih laju dari itu kerana takut ada kereta di depan yang tiba-tiba menukar lorong, bala pula nanti.





Brader tu tak 'superman' pun. Steady tegak je melawan tujahan angin tetapi masih boleh lenjan 120km/j-130km/j. Akhirnya, G-Pang itu memperlahankan kelajuannya kerana dia masuk ke susur keluar Nilai/Pajam, pada ketika itu meter kelajuan aku menunjukkan 90km/j (ketika dirakam itu dia dah naik ke susur keluar). Kalaulah dia tak keluar di situ, aku rasa sampai ke sudah aku cuma mampu dengar bunyi jeritan enjin tuanya.


Kalaulah motorsikal lain tak mengapa, hatta kalau Honda EX5 90cc sekali pun aku tak kisah. Ini tidak. Ianya sebuah motorsikal G-Pang atau Suzuki GP 100cc. G-Pang ni ada pesaing yang hampir seangkatan dengannya iaitu Yamaha RXS. Yamaha RXS terkenal pada tahun 80-an, ia adalah 'abang' kepada RXZ 135cc.


Aku bukan zaman G-Pang atau RXS. Aku zaman RXZ generasi ke-4 (aku tak tau RXZ generasi ke berapa sekarang). Namun aku sempat beli RXZ generasi ke-2 (terpakai) warna Merah Putih dengan Cylinder Block Y1. Kepada mat-mat motor, mereka akan tahu kenapa aku kata Cylinder Block Y1 dan berwarna merah putih. Sampai sekarang ada lagi mat-mat motor yang mengendeng adik ipar aku (sekarang adik ipar aku yang pinjam) mahukan cylinder block motor RXZ aku tu walau pun usianya dah hampir 20 tahun. Aku suruh adik ipar aku kelambukan motor aku sebab aku takut nanti ada yang cilok!.

Kalaulah RXZ aku dah berusia 20 tahun (ikut tarikh geran), bermakna G-pang yang potong aku tadi itu sudah tentu lebih 25 tahun usianya!!!


Aku tak heran sangat pasal lajunya kerana memang zaman gahnya dulu G-Pang yang telah diubah suai mampu cecah 180km/j malah ada yang sampai 200km/j. RXZ aku yang tanpa ubah suai itu pun aku pernah bawa selaju 165km/j (turun bukit di kawasan Changkat Jering... kalau naik bukit aku rasa tak boleh...  hahaha).


Tapiiii..... itu dua puluh tahun dulu.
G-Pang yang ini dah berusia lebih 25 tahun!!!
Brader, gua respek lu jaga lu punya enjin G-pang tu.







.

9 comments:

sepa said...

ya ya respek kat mamat tuh...

pandai dia bawak moto, pandai jugak jaga engin. macam Dayaque ngan Che Tom...

:)

Lady Windsor said...

bab moto neh aku tak berapa tahu...yang aku besa ialah kapcai arwah bapak aku jer..nombornya DN 7160..dah antik dan lapuk dah.

Nizam.Ariff said...

sepa,
mesti dia memang minat kat motor nih...




LW,
kapcai tu kalau dibela balik mesti ada nilai tu...

aza ni said...

teringat wak karim toke kantin asrama puo sekitar thn 84

aku selalu pinjam motor gp100 dia ke ipoh garden plaza untuk keluarkan duit....siap carrier belakang seat...

Nizam.Ariff said...

Azani,
aku belum pernah naik GP lagi...
aku rasa bukan zaman aku la...

tasekM said...

ko merempit tak dulu2..?


.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku tak rempit
aku bawa laju je..

Cikgu Ma said...

dah lama pencen bawak moto..

Nizam.Ariff said...

Cikgu Ma,
aku pun.. tapi kalau sesak tu aku bawak juga... kekedai...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com