.
Bercakap tentang kuih raya, aku teringatkan satu pengalaman yang berlaku kira-kira 4 tahun lepas. Ia berkaitan dengan kuih Bahulu.
Aku suka bahulu kerana aku suka celopkan ke dalam air oren berkarbonat atau pun jika tiada, air sirap dingin pun boleh juga. Kadang-kadang, aku celopkan ke dalam air teh. Walau pun aku suka bahulu, aku tak berapa suka makan begitu sahaja tanpa dicelopkan ke dalam air. Terasa kering tekak nak telan.
Kira-kira 4 tahun lepas, pada satu malam di malam-malam selepas raya, ada seorang ipar kepada abang aku telah terkandas di jalan raya kerana vannya telah rosak. Mereka dalam perjalanan dari selatan menuju ke Titi Gantung, Perak Tengah. Berita itu abang aku dapat dalam jam 9.00pm. Mereka meminta tolong abang aku dan abang aku telah mengajak aku sekali.
Sesampainya di tempat kejadian, di jalan Langkap - Kampar, tidak jauh dari simpang ke Tapah Road, kami lihat mereka sekeluarga masih di tepi van yang langsung tak boleh bergerak. Bila kami selidiki, ada masalah pada kotak gear (differential gear), bermakna van itu tak boleh bergerak pada malam itu. Van itu perlu diletakkan di tempat yang lebih selamat. Abang aku pun pergi ke sebuah rumah kampung papan setingkat tidak jauh dari situ, lamannya luas. Abang meminta kebenaran untuk menumpangkan van itu di situ.
Dalam semangat muhibbah hari raya, tuan rumah dan isterinya telah mengajak kami masuk dan makan kuih raya. Kami semua pun masuk dan kami dihidangkan dengan air teh o panas dan sedulang kuih-kuih raya beraneka jenis... yang kebanyakkannya adalah tradisional!
Dan aku juga nampak kuih bahulu kebanggaan aku itu. Terus aku cekau sebiji dan aku rendamkan ke dalam teh o panas. Aku suapkan ke mulut dan TIBA-TIBA aku tercium bau yang telah lama aku tak jumpa. Bahulu itu masih berbau asap sabut!
Aku terus tanya makcik itu dan dia kata bahulu itu dibakar menggunakan api sabut. Bukan aku sahaja, abang aku dan iparnya terus hadap bahulu itu. Makcik tuan rumah ketawa apabila aku katakan itulah kuih kegilaan aku. Dan tanpa dipinta, dia terus ke dapur dan mengeluarkan sepinggan lagi bahulu bakar. Aku pun kira-kira berapa biji yang aku makan kemudian aku cakap kepada makcik itu, aku sudah makan lebih 10 biji bahulu dengan nada suara seorang anak manja kepada emaknya.
Tanpa di sangka-sangka, ketika kami mahu pulang, makcik itu pun keluarkan satu plastik kecil lalu memasukkan baki kuih bahulu di pinggan (yang aku tinggalkan sedikit kerana malu hendak habiskan semuanya). Dia berikan aku sebagai bekal, katanya. Walau pun aku menerimanya dengan rasa malu-malu tetapi jauh di lubuk hati, aku rasa seperti mahu melonjak tinggi...
.
11 comments:
Kalau makan kueh bahulu semata tanpa dicicah dlm air boleh tercekik kan? Tambah2 makan kueh tu polok2 macam rupa tak makan seminggu, kan?
Baik hati makcik tu, siap bekal bawak balik.. kau tanya tak siapa yg buat kueh bahulu tu, makcik tu yg buat atau anak dara dia yg buat? Kau perasan tak kalau2 ada anak dara yg mengintai kau disebalik langsir? sambil tersipu2 senyum lebar tengok kau makan kueh bahulu tu dgn lahap macam orang tak pernah jumpa kueh bahulu.. huhuhu
Baca olahan ayat kau pada para dua tu dah buat ckLah kemecer tau. Hehe...
makcik bagi bahulu... emmm... ada makna tu. :)
SMM,
hahaha... aku ada tanya siapa yang buat, makcik tu kata dia buat sendiri tapi anak dia yang tolong pukul...
Cklah,
hahaha... sungguh mengecurkan air liur kan?...
sepa,
takde maknanya... anak2 dia jantan je.. .hahaha
Salam singgah,
Kuih bahulu klasik, entry kau ni pun klasik. Kau buat aku teringat pada kuih putu kacang hijau kuala Kangsar...huhu! Yang mana sudah tiga tahun aku x kunjungi KK, Dan kuih putu itu juga dah lama aku x beli.
LW,
selamat datang.
aku ada jumpa kuih putu kacang hijau tapi aku tak jadi beli... mahal betul. RM10 sebekas yang kalau aku kira mungkin ada 20 biji saja!
Tak pe lah...dulu aku selalu beli bila balik kuala kangsar...pembuat putu tu menang pertandingan usahawan kampung dan memang putunya marbeles...la ni aku dah tak balik sana...no putu at all!:(
LW,
putu maebeles pun jadi kenangan... huhuhu
mujur bukan adik aku!
.
.
.
kalau tidakkkk...
Ash,
tak nak ngaku adik la tu...
huhuhuhu
Nizam,
satu satu nyer kuih traditional yang masih dibuat mak aku ialah putu kacang...
dulu dulu masa anak dara aku tolong tumbuk ngan lesung besi..hahaha. time tu tak guna mesin blender...
pastu tolong jemur atas nyiru..
tapi tang nak tekan masuk acuan kena la mak aku sebab kalau aku yang tekan, tak lekat ...
kederat takder!!
.
.
.
hehe
Post a Comment